About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, October 25, 2011

Deepavali

Hello!!!

Jalan raya yang tak sesak langsung ketika pulang dari pejabat. Sangat suka hati!!! Hahaha... Al-maklumlah, esok kan hari cuti. Yang merayakannya cuma kaum India, tapi bila tengok jalan raya tadi dah macam semua pula yang sambutnya. Itulah seronoknya warga Malaysia. Pantang jumpa cuti, pulun!!! Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...


Cuti memang seronok, tapi tahu tak apa istimewanya hari esok sampai negara isytihar cuti umum setiap tahun? Haih, jiwa tak Malaysia lah kalau tak tahu. Ecewah. Aku pun bukan pandai sangat tapi bolehlah kalau setakat nak kongsi ilmu yang ciput ni...

Esok, 26/10/2011 merupakan Hari Deepavali @ Diwali yang disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Boleh pula tak perasan? Syok cuti bukan main! Setiap kali Hari Deepavali, penganut agama Hindu akan nyalakan banyak pelita (tapi bukan pelita macam orang Melayu sambut raya tu). Siap ada "kolam" depan pintu rumah mereka. Dey, bukan kolam ikan atau kolam mandi la. Haish!!! macam ni...

Pernah juga aku masuk pertandingan buat "kolam" ni masa sambutan Hari DEEPARAYA dulu. Tahun 2009 rasanya... Happening kot!

Biasanya, setiap kali Hari Deepavali mesti ada kartun pasal Ramayana dengan Sita Dewi. Dari situlah aku tau sikit-sikit pasal Deepavali ni. Aku ni kalau bab kena belajar memang jenuh nak mengingat tapi kalau kartun kat TV tu, sekali tayang pun boleh ingat sampai bila-bila. Dahsyat kan penangan kartun dalam hidup aku? Ishk. Tapi aku macam dah tak perasan pula kalau kartun macam tu ada main lagi ke tak kat TV. Kalau nak tahu lebih pasal Deepavali, sila tanya En. Google. Hehehe...

Dah lama rasanya tak dapat jemputan ke rumah terbuka kawan-kawan yang merayakan Deepavali. Sejak tinggal di kejiranan yang majoritinya Melayu dan kawan-kawan yang merayakan Deepavali pun dah ramai yang berhijrah. Teringat dulu sewaktu bersekolah rendah, aku ada jiran yang berbangsa India. Setiap kali Hari Deepavali mesti aku diajak ke rumahnya.



Maruku buatan ibunya memang terbaik. Mama pun belajar buat maruku dengan ibunya. Sejak dia dan keluarganya berpindah, kami sekeluarga tak lagi berhubung dengan mereka. Ishk, syahdu pula.

Cukuplah setakat ini. Kepada sesiapa yang menyambut dan merayakan Hari Deepavali, Selamat Hari Deepavali!!!



**Info dari Google...

No comments: