Ahad lalu, kira-kira jam 9 malam ayah mengadu sakit dada. Susah bernafas. Dengan membawa KEPALA BESAR(berlagak kuat) ayah pun berlari ke kereta untuk pandu sendiri ke klinik berdekatan. Aku yang gelabah ini pun menyusur kereta dari belakang mengejar ayah. Haih. Cuak sungguh!!! Malam itu juga aku kena bawa ayah pergi Hospital Sg. Buluh...
Setibanya di hospital, ayah dimasukkan ke wad kecemasan. Tengok muka dia macam tak sakit sangat tapi rupa-rupanya kena HEART ATTACK!!! Sengal. Jam 4 pagi berikutnya ayah dimasukkan ke dalam wad CCU. Maka bermulalah episod maki-memaki dikalangan keluarga aku (makcik-makcikku, adik-adikku dan bondaku). Bukan main kerek mak guard kat situ. Lebih spesifiknya, mak guard yang berbangsa kaf-lam-ya-nga. Bikin hati panas bila dia panggil/tegur orang dengan nada suara tinggi seakan-akan orang yang ditegur merupakan penjenayah. BIADAP ok... Aku pun kena penangan mulut tak berinsurans ketika hendak menuju ke surau untuk bersolat. Bukan main lantang dia jerit. Aku malas nak jawab. Laju kaki melangkah ke surau. Dek kerana sakit hati yang tak tertampung, Mak Guard kaf-lam-ya-nga tu dijerkah oleh adikku. Dah macam kena rasuk hantu. Mungkin kerana cetek ilmu, mak guard tu berkelakuan sedemikian. Kalau dia betul-betul pernah bersekolah, takkan dia boleh jerit-jerit di wad ICU dan CCU? Hmmmm.... Akibatnya, dua aduan bertulis telah dibuat oleh makcik dan adikku. Khabarnya, makcikku juga telah menelefon terus pihak pengurusan hospital berkenaan isu ini. Jangan main-main... Makcik aku bukan makcik yang pasif dan tahu angguk saja walau kena buli. Dia dikenali seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura tau!!! (Poyo promote).
Ini bukan kali pertama kami ke hospital kerajaan. Bukan kerana tak berduit. Tapi kerana lebih yakin dengan pakar di Hospital Kerajaan. Lagipun, ayah merupakan bekas tentera. Makcik dan pakcikku juga ramai yang berkhidmat dengan kerajaan. Ada yang cikgu, polis dan ada yang jururawat. Sepupuku juga pegawai tentera (setakat nak mintak cop pengesahan untuk sijil-sijil tu tak ada hallah.. haha..) Tiada masalah bagi kami, di mana saja hospital yang kami pergi, asalkan perkhidmatannya bagus. Kalau tak kenapa ayah berhabis hampir seluruh duit pencennya untuk rawat arwah nenek di dua hospital swasta? Puluhan ribu habis. Bukan satu jumlah yang kecil untuk orang yang kurang berada macam kami.
Sibuk nak komen pasal mak guard yang berkelakuan TAK SOPAN, terlupa scene bunga-bunga dekat hospital. Semasa aku sampai ke hospital pada hari mak guard bikin chaos, aku telah disambut krew-krew pengambaran. Tak tahu pula aku mereka shooting apa tapi yang penting ada ZAHIRIL (Bintang Utama drama bersiri JUVANA di TV3 yang episod akhirnya ditayangkan pada 18/7/2011). Malam itu aku tak sempat tengok pun cerita tu sebab sibuk menguruskan ayah. Tapi tak mengapa sebab hari yang sama aku dah cuci mata tengok Zahiril. hikhikhik (gelak gatal)
Cukup cerita pasal Hospital Sg Buluh. Kita ke Hospital UiTM Sungai Buluh yang baru dibina. Setakat yang aku tahu, dalam wad yang ayah aku duduk, cuma dia satu-satunya pesakit kat situ. Bilik untuk 2 orang tapi besar... Tandas/Bilik mandi pun besar...
Selesa... Ruang menunggu, surau dan tandas pelawat juga ada disediakan. Tak macam di Hospital Sg Buluh, di mana suraunya terpaksa dikongsi muslimin dan muslimah. Haih...
Moral of the story, tak kisahlah kerja apa dan berapa tinggi pangkat kita. Kalau kita tahu hormat orang, InsyaAllah semua orang suka.
Sampai sini dulu, aku nak sambung kerja. Petang ni nak melawat ayah dengan Cik Budd (Orissa Ismail) lepas kerja. Tak sabarnya...
3 comments:
Azza: cerita macam menarik, tapi susunan cerita berterabur, tak ada focus... macam terlalu exited nak menulis, habis la MASCOMM mcm ni.
pe-pe hal semoga ayah cik azza cepat sembuh....
azza..moga ayah ko cepat sembuh ye..mintak lah beliau kurangkan rokok..hehe..pandai pulak aku nak nasihat org yer..hehe..
Hi Amar & Fatin,
Thanks sebab singah baca and comment...
mmg tulis ikut perasaan pon time tu. :) Sorry la kut ade ayat/perkataan yg kurang sesuai n secara tak langsung ganggu mood ketika membaca. will improve later, InsyaAllah...
Alhamdulillah, ayah dah keluar wad. kesihatan belum baik sepenuhnya tapi dah boleh bekerja...
Thanks again!
Post a Comment