Ahad lalu, kira-kira jam 9 malam ayah mengadu sakit dada. Susah bernafas. Dengan membawa KEPALA BESAR(berlagak kuat) ayah pun berlari ke kereta untuk pandu sendiri ke klinik berdekatan. Aku yang gelabah ini pun menyusur kereta dari belakang mengejar ayah. Haih. Cuak sungguh!!! Malam itu juga aku kena bawa ayah pergi Hospital Sg. Buluh...
Setibanya di hospital, ayah dimasukkan ke wad kecemasan. Tengok muka dia macam tak sakit sangat tapi rupa-rupanya kena HEART ATTACK!!! Sengal. Jam 4 pagi berikutnya ayah dimasukkan ke dalam wad CCU. Maka bermulalah episod maki-memaki dikalangan keluarga aku (makcik-makcikku, adik-adikku dan bondaku). Bukan main kerek mak guard kat situ. Lebih spesifiknya, mak guard yang berbangsa kaf-lam-ya-nga. Bikin hati panas bila dia panggil/tegur orang dengan nada suara tinggi seakan-akan orang yang ditegur merupakan penjenayah. BIADAP ok... Aku pun kena penangan mulut tak berinsurans ketika hendak menuju ke surau untuk bersolat. Bukan main lantang dia jerit. Aku malas nak jawab. Laju kaki melangkah ke surau. Dek kerana sakit hati yang tak tertampung, Mak Guard kaf-lam-ya-nga tu dijerkah oleh adikku. Dah macam kena rasuk hantu. Mungkin kerana cetek ilmu, mak guard tu berkelakuan sedemikian. Kalau dia betul-betul pernah bersekolah, takkan dia boleh jerit-jerit di wad ICU dan CCU? Hmmmm.... Akibatnya, dua aduan bertulis telah dibuat oleh makcik dan adikku. Khabarnya, makcikku juga telah menelefon terus pihak pengurusan hospital berkenaan isu ini. Jangan main-main... Makcik aku bukan makcik yang pasif dan tahu angguk saja walau kena buli. Dia dikenali seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura tau!!! (Poyo promote).
Ini bukan kali pertama kami ke hospital kerajaan. Bukan kerana tak berduit. Tapi kerana lebih yakin dengan pakar di Hospital Kerajaan. Lagipun, ayah merupakan bekas tentera. Makcik dan pakcikku juga ramai yang berkhidmat dengan kerajaan. Ada yang cikgu, polis dan ada yang jururawat. Sepupuku juga pegawai tentera (setakat nak mintak cop pengesahan untuk sijil-sijil tu tak ada hallah.. haha..) Tiada masalah bagi kami, di mana saja hospital yang kami pergi, asalkan perkhidmatannya bagus. Kalau tak kenapa ayah berhabis hampir seluruh duit pencennya untuk rawat arwah nenek di dua hospital swasta? Puluhan ribu habis. Bukan satu jumlah yang kecil untuk orang yang kurang berada macam kami.
Sibuk nak komen pasal mak guard yang berkelakuan TAK SOPAN, terlupa scene bunga-bunga dekat hospital. Semasa aku sampai ke hospital pada hari mak guard bikin chaos, aku telah disambut krew-krew pengambaran. Tak tahu pula aku mereka shooting apa tapi yang penting ada ZAHIRIL (Bintang Utama drama bersiri JUVANA di TV3 yang episod akhirnya ditayangkan pada 18/7/2011). Malam itu aku tak sempat tengok pun cerita tu sebab sibuk menguruskan ayah. Tapi tak mengapa sebab hari yang sama aku dah cuci mata tengok Zahiril. hikhikhik (gelak gatal)
Cukup cerita pasal Hospital Sg Buluh. Kita ke Hospital UiTM Sungai Buluh yang baru dibina. Setakat yang aku tahu, dalam wad yang ayah aku duduk, cuma dia satu-satunya pesakit kat situ. Bilik untuk 2 orang tapi besar... Tandas/Bilik mandi pun besar...
Selesa... Ruang menunggu, surau dan tandas pelawat juga ada disediakan. Tak macam di Hospital Sg Buluh, di mana suraunya terpaksa dikongsi muslimin dan muslimah. Haih...
Moral of the story, tak kisahlah kerja apa dan berapa tinggi pangkat kita. Kalau kita tahu hormat orang, InsyaAllah semua orang suka.
Sampai sini dulu, aku nak sambung kerja. Petang ni nak melawat ayah dengan Cik Budd (Orissa Ismail) lepas kerja. Tak sabarnya...
About Me
- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Wednesday, July 20, 2011
Monday, July 4, 2011
Sepetang Bersama Secawan Kopi
Walaupun skil membancuh kopi susu teramatlah amateur, tapi asal ada rasa kira bolehlah kan. Sejenak fikiran melayang mengenang suasana di tempat kerja lama. Masa-masa seperti sekarang mesti tak lepas dari terhidu air Nescafe dan Milo panas yang tersangat sedap oleh Kak Timah. Tepat jam 3.30 petang Kak Timah akan datang dari meja ke meja membawa 2 bekas (berbentuk seperti cerek). Semua staff akan bersedia dengan mug masing-masing. Manisnya kenangan itu. Sekarang? Buat sendirilah. Mana ada tukang buat air...
Walaupun kopi buatan aku tak sesedap yang Kak Timah buat, tapi untuk masa-masa kecederaan macam ini kopi butan sendiri pun rasa macam dekat "Coffee Bean". Hahaha...
Jom Minum!
PULANG KE KAMPUNG
Walaupun penat bukan main, keseronokan berada di kampung terasa berbaloi dengan penat yang ditanggung (masih terasa). Agak puas hati dengan "trip" kali ini. Melepak di rumah Mak Ngah, makan malam di rumah Mak Teh, poyo manja dengan Usu dan yang paling "best" layan nenek yang hobinya menceceh. Saling tak tumpah dengan Mama. Kihkihkih...
Kalaulah cuti panjang sikit, mungkin aku tak rasa teruk sangat macam hari ni. Nak buat kerja pun tak ada "mood". Pakaian bukan main selekeh tak macam orang kerja pejabat. Minah kilang pun lagi "meletopz, you all!!!"
Sampai sini dulu. Aku nak pergi buat air panas untuk buang "mood" ngokngek ni.
Da.....
Subscribe to:
Posts (Atom)