About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, April 12, 2011

Macam-macam

Biar aku kongsi kisah hampeh yang aku dan kawan-kawan lalui setiap kali dapat task kena pergi Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya...

Entah kenapa aku mesti sesat setiap kali aku perlu pergi ke Putrajaya ditemani kawan-kawan.

Kali pertama, sesat dengan Faisal. Masa tu Bosses dah start meeting dengan Pegawai SPRM. Lambat 15 minit...

Kali kedua, sesat bersama Farhana ketika mahu menghantar surat di SPRM. Sampai ke Bangi... Hadoi... Ada GPS pon lembap.

Kali yang seterusnya, sesat bersama Kak Aisyah. Ni paling selalu. Minggu lepas kami berpusing-pusing selama 1 jam dalam Putrajaya. Penat mencari jalan keluar ke MARDI. Kesian Pak Sako kena tunggu kami lama. Selesai jumpa PAk Sako dengan pantas kami perlu cari kedai alat tulis kat area Serdang pula. Berpusing-pusing. Hmmm... Destinasi terakhir sebelum pulang ke Kelana Jaya, IOI resort... Sesampainya kami di sana, pegawai yang menunngu kami sudah buat muka. Sorry la tuan... Kami sesat. Janji jam 3.30 tapi kami sampai 4.30. Nasib yang hampeh. Even nak cari parking pun banyak kali turun naik lif. Memang dasyat!

Macam-macam perkara jadi sepanjang perjalanan 1 hari yang stress...

Rasa macam terkena badi Putrajaya. Sampai tahap tak mahu langsung pergi Putrajaya. Buang masa atas jalan. Semalam Faisal ada tanya kalau-kalau aku nak tengok bilik siasatan SPRM di Putrajaya yang dah pun siap tapi dengan pantas aku jawab, "TAK NAK". Biar Bos pergi sendiri. Taubat dah... Huuuuuu...

No comments: