About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, April 30, 2011

Hobi Baru...

Lama tak post entry baru... Rindu rasanya.

Entry kali ini tentang hobi terbaruku. Aku tak tahulah boleh dikategorikan sebagai hobi atau minat yang sementara. Samenjak dua menjak ni aku suka sangat memasak. Dah jadi macam rutin di hujung minggu. Sebenarnya, mama memang tak masak setiap hujung minggu kecuali special occasion. Itu pasal lah aku yang memasak sebab tak rajin makan di luar.

Bermula dengan puding jagung. Aku paksa mama teman pergi beli bahan untuk buat puding jagung. Sesampainya kami di rumah, tak sempat duduk, terus aku ajak buat puding jagung. Mama pening tengok aku yang kalut nak buat puding jagung. Buat puding jagung tak semudah yang aku sangka (resepi mama). Selesai berperang dengan dapur, akhirnya dapat aku menikmati puding jagung hasil air tangan sendiri. Tuhan saja yang tahu betapa bahagianya aku masa itu. Sejak itu, minat memasak menjadi-jadi pula.

Puding jagung ni bukan yang aku buat ye... sila klik di sini untuk puding jagungku... ngeeeeeeeeeee...


Hari ini, bermula seawal jam 7 petang, aku dah mula ke dapur. Menyediakan bahan untuk masak makan malam. Menu? Pada mulanya aku nak sediakan sambal tumis telur rebus, omelet, dan sayur goreng. Kurasa begitu damai bersendiri di dapur sehingga terganggu dengan kehadiran ayah ketika sambal tumisku hampir siap. Sengal sungguh! Terlebih asam pula. Cis!!! Ingat bila ayah da keluar dari dapur dan siap repair sambal aku tu, bolehlah mulakan menu kedua pula. Sekali mama pula masuk dapur. Haih!!! Apalah nasib. Untuk menu terakhir, setelah semua ku paksa keluar, akhirnya aku dapat siapkan omelet dengan sempurna.

Esok teragak nak buat puding pula. Semalam dah pow ayah beli apa yang patut. Esok tinggal nk beli nata de' coco dan laici. Tak sabarnya aku. Next week try cupcake pula... Nyum. Nyum. Nyum.

Monday, April 18, 2011

Di Suatu Pagi

Terjagaku tatkala azan subuh belum kedengaran. Awalnya... Entah bila kali terakhir aku bgn seawal ini,aku juga kurang pasti. Hairan, biasanya liat sungguh nak bangun pagi walau jam loceng sudah letih menjerit di tepi telinga.

Di pagi damai ini, dengan mudah aku terjaga. Pantas aku bingkas bangun dan keluar dari bilik. Gelap dan sunyi. Sepi...

Perlahan aku ke dapur. Melihat kalau-kalau ada makanan lebih makan malam semalam... Senyum. Lalu ku panaskan untuk santapan sahur. Terujanya nak berpuasa hari ini...

Perut sudah terisi. Semoga perut ini bisa menahan kelaparan sepanjang hari ini. Diharap dapat kulalui hari ini dengan mudah. Amin..

Tuesday, April 12, 2011

Macam-macam

Biar aku kongsi kisah hampeh yang aku dan kawan-kawan lalui setiap kali dapat task kena pergi Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya...

Entah kenapa aku mesti sesat setiap kali aku perlu pergi ke Putrajaya ditemani kawan-kawan.

Kali pertama, sesat dengan Faisal. Masa tu Bosses dah start meeting dengan Pegawai SPRM. Lambat 15 minit...

Kali kedua, sesat bersama Farhana ketika mahu menghantar surat di SPRM. Sampai ke Bangi... Hadoi... Ada GPS pon lembap.

Kali yang seterusnya, sesat bersama Kak Aisyah. Ni paling selalu. Minggu lepas kami berpusing-pusing selama 1 jam dalam Putrajaya. Penat mencari jalan keluar ke MARDI. Kesian Pak Sako kena tunggu kami lama. Selesai jumpa PAk Sako dengan pantas kami perlu cari kedai alat tulis kat area Serdang pula. Berpusing-pusing. Hmmm... Destinasi terakhir sebelum pulang ke Kelana Jaya, IOI resort... Sesampainya kami di sana, pegawai yang menunngu kami sudah buat muka. Sorry la tuan... Kami sesat. Janji jam 3.30 tapi kami sampai 4.30. Nasib yang hampeh. Even nak cari parking pun banyak kali turun naik lif. Memang dasyat!

Macam-macam perkara jadi sepanjang perjalanan 1 hari yang stress...

Rasa macam terkena badi Putrajaya. Sampai tahap tak mahu langsung pergi Putrajaya. Buang masa atas jalan. Semalam Faisal ada tanya kalau-kalau aku nak tengok bilik siasatan SPRM di Putrajaya yang dah pun siap tapi dengan pantas aku jawab, "TAK NAK". Biar Bos pergi sendiri. Taubat dah... Huuuuuu...

Tidak Keruan

Terlalu banyak inginku coretkan. Terlalu banyak inginku ceritakan. Namun kekangan demi kekangan menghambat rasa. Andai mampu ku tambah masa. Andai mampu ku ubah semua.. Hmmmm..