Seperti selalu, aku sukar lelapkan mata. Lalu di blog inilah tempat aku meluah rasa. Sudah menjadi kebiasaan untuk menulis sebelum tidur. Aku bukan penulis handalan. Malah pasti ada silap ketika mengguna perkataan. Belum kira masalah tatabahasa lagi. Tapi aku rasa puas menulis. Apa yang aku tulis hanya untukku. Tapi tidak ku halang mereka yang ingin membaca. Aku sekadar meluah rasa, berkongsi cerita. Apa yang aku tulis cuma tentang aku.
Rimas dengan persepsi orang. Aku pekakkan telinga. Bukan maksud untuk jauhi diri dari dunia. Cuma mencari ruang untuk diri sendiri. Aku perlu ruang di mana aku rasa boleh bernafas dengan tenang. Menikmati kehidupan seperti mereka yang lain. Tiada salah ku rasa mencoret luahan isi hati.
Di tengah malam, otak yang sepatutnya berehat menjadi sangat aktif. Masa tidurku jadi haru biru. Persoalan yang patut aku selesaikan di siang hari datang mengganggu. Celaru. Aku mahu masa tidurku!!!Aku perlu rehatkan mindaku...
Selamat malam untukku..
No comments:
Post a Comment