About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, December 12, 2009

Kawan Makan Kawan

Hi All,


Sepatutnya tulisan ini aku "publish" di blogku yang lain. Memandangkan tulisan ini ingin kukongsikan bersama semua(blog yang lain tu private), maka aku "publish" di sini.

Cerita ini tentang sahabat yang aku sanjung sikapnya. Matang dan rasional dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dia memang tampak sempurna di mataku pada mulanya. Aku yakin, kawan-kawan kami yang lain turut mengakuinya.

Masa dirasakan begitu pantas berlalu. Antara sedar dan tidak, pertemuan dua tahun lalu seperti baru berlaku semalam. Kami berjumpa, bergurau senda dengan tawa ria. Kenangan itu indah. Minggu lepas aku dapat tahu dua sahabatku itu tidak lagi seperti dulu. Dari seorang sahabat prihatin menjadi seorang yang begitu pentingkan diri. Dia yang sebelum ini menghormati sahabat dan begitu prihatin terhadap sahabat, kini sanggup merampas cinta sahabat. Sedang dia tahu cinta itu begitu bermakna bagi sahabat.

Mungkin inilah ujian bagi kami bersahabat. Tiada yang sempurna sifat melainkan Dia yang Esa. Kuharap apa yang berlaku menjadi pengajaran buat semua. Walau sesempurna mana sikap dan sifat seseorang itu, dia tidak terlepas dari melakukan khilaf. Buat sahabat, apa yang kita rasa baik buat kita belum tentu terbaik buat kita. Lepaskan yang satu itu supaya peluang untuk mendapatkan yang terbaik jadi milik kita.


2 comments:

Ballpoint Pen said...

Inilah lumrah manusia, manusia memang sukar nak mempunyai hati ikhlas 100%, kebanyakan tindakan kita lebih kepada adanya kepentingan.. Hatta kita sembahyang dan berbuat kebaikan pun kerana nak pahala dan takutkan dosa, bukan kerana benar2 kerana kita hamba Allah, yang taat hanya kerana Dia. bukan kerana Syurga dan Neraka. Bukan bermakna salah tapi x wujud keikhlasan !00%....
Memang susah nak cari kawan menangis bersama2 tapi kawan ketawa bersama2 terlalu ramai..
Indahnya kalau kita mempunyai teman yang boleh berkongsi suka duka...

zaZa_Luv said...

Ye.. Dalam kes my fren ni, he used to be kawan ketawa n menangis..
but dunno mne yang silap...

The thing is, people keep saying "biasalah manusia mana yang xbuat salah..."

Hmm.. Kalau xditegur manusia itu, sampai bila2 pon salah. Kisah ni kita jadikan teladan..

Walaubagaimanapun, he'll always be my friend... sebab as for me, i dun buang kawan uless they choose not to be friend with me anymore..

The thing is, we made pronise before... "Kawan Sampai Mati"