Kita boleh berubah jika kita sendiri yang benar-benar ingin berubah. Perubahan yang berlaku mungkin disebabkan oleh faktor-faktor sekeliling. Jadikan aku sebagai contoh. Aku berusia sekitar 20an. Sudah bekerja walaupun bukan dalam bidang yang aku minati. Biasalah, bila membuat sesuatu yang tidak diminati, sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi kerja. Untuk mengekalkan kedudukan sebagai pekerja di dalam syarikat, aku terpaksa bekerja walau tidak rela. Bukan aku memilih kerja, tapi jenis pekerjaan itu sendiri membuat aku rasa tidak betah. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa, aku berjaya bertahan selama lebih setahun bekerja. Di sini menunjukkan bahawa aku berjaya berubah dari negatif menjadi sedikit positif terhadap kerja sekarang.
Di luar waktu kerja, aku seorang yang keanak-anakkan. Jujur aku katakan, aku kurang matang dalam dalam membuat pilihan dalam hidup. Selalunya aku memilih untuk tidak mengikut kata hati. Walhal, biasanya kata hatiku selalu tepat. Aku mempunyai masalah mempercayai diri sendiri, apatah lagi mempercayai orang lain. Ini kerana aku selalu berpegang pada kata, "Ikut hati, mati. Ikut badan, binasa."
Dek kerana terlepas cakap ketika berbual bersama ibu, aku terpaksa kotakan janjiku. Janjiku pada ibu, aku akan berubah menjadi seorang WANITA menjelang 4 Syawal. Sama ada aku suka atau tidak, sama ada aku bersedia atau tidak, itu bukan lagi persoalan tetapi janji harus aku kotakan. Perubahan ini pada hakikatnya memang untuk kebaikan diriku. Aku tahu ibu risau dengan caraku menangani hidup. Masakan tidak, teman lain ramai yang sudah berumah tangga malah ada yang sudah beranak dua. Aku? Buakan setakat kahwin, teman istimewa pun tiada.
Maka dengan ini, aku dengan rasminya mengumumkan bahawa tarikh untuk aku berubah menjadi seorang WANITA secara total jatuh pada 4 Syawal.
mode:nervous
No comments:
Post a Comment