Last Saturday(4/4/2009), aku pi lawat Mak Ngah kt Kg. Jenjarom. Malam tu Mak Ngah ajak g karaoke. hoho.. layan..
Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Ishk.. Tengah syok layan AF, kne out pulak... Kena hormat tuan rumah, aku pon tutup la TV dan membontoti Mak Ngah dan yang lain keluar menuju ke kereta. Langkah memang longlai. Dalam hati aku berbisik perlahan, harap sangat tak payah drive malam tu. Ayahanda tersayang laju je merapati kereta kecilku.. Adoi. Dengan slumber aku hulur kunci kereta pada ayah dan dengan pantas aku memilih untuk duduk di seat belakang driver. Fuhhhh!! Selamat.. Muka ayah memang sengal la.. Nak buat lagu mana.. 1st come, 1st serve la.. Anak yang sengal.. haha..
Dalam hujan kami berangkat ke Pulau Carey(Port KARAOKE yang Mak Ngah ajak). Tempat nampak ok. Lepas pilih meja, masing-masing buat pesanan. Sementara tunggu pesanan sampai, layan tengok orang-orang OTAI berkaraoke. Gile lawak.. Macam tak sedar diri pon ada. Mungkin itu je hiburan bagi mereka.. Mak Ngah suruh ayahandaku pi nyanyi... Pergh!!! Mentah-mentah perlawaan di tolak. ayah cakap takda kelas.. Sengal gak ayahandaku ini.. Semua bantai gelak.. Memang Extream lol!!! Orang kat situ gelek tak hengat punye. Kami yang tengok orang-orang berkaraoke tu da macam pengkritik AF. tak sia-sia miss tengok konsert AF sampai habis malam tu. Lebih kurang pukul 12++ kami berangkat pulang ke rumah Mak Ngah. Sampai rumah dah tak boleh nak fikir benda lain selain tidur.
Ahad pagi yang memang sengal untuk aku. Belum nampak matahari.. Azan belum berkumandang. Ayam pun belum berkokok, seruan ke tandas memanggil-manggil. Perut memulas rasa macam nak mati. 3 kali pergi tandas. Bab tertonggeng kat katil tak yah ceritalah.. Serius sakit. Tapi demi untuk tidak ponteng kelas pada pagi Ahad yang tak berapa nak indah itu, ku gagahkan juga diri ini untuk drive balik subang.
Dengan tidak senang hati dan berbekalkan sakit perut yang masih tersisa, aku berusaha memandu secara berhemah.. Masuk je area Shah Alam, dah tadak maknanya nk berhemah.. Kereta kecilku dipecut laju. Sakit perut dah sampai tahap kritikal. Setibanya aku di rumah, terus aku menuju ke tandas kecil. PERGH!!!! 2 kali keluar masuk tandas. Jam menunjukkan sudah pukul 8pagi. Kelasku bermula jam 10. Aku berkeputusan untuk melelapkan mata selama yang dapat. Tepat jam 9 pagi aku bingkas bangun untuk bersiap ke kelas. Setibanya di kelas, Anis, kawanku menegur melihatkan rupaku yang sememeh. huuu..
Dalam kelas, belum pun 1 jam duduk dan menyalin nota, seruan tandas memanggil lagi.. adoi la.. Memang dugaan.. Habis kelas, ada pula discussion dengan kawan-kawan. Harapan nak balik awal berkubur begitu saja. Akhirnya aku pulang ke rumah jam 2 petang. Bertambah satu lagi dugaan bila aku stuck dalam traffic jam. Dihujani kerenah pemandu yang tak berhemah buat aku betul-betul panas. Sebaik sahaja aku masuk ke area Ara Damansara, jalan sangat lengang. Memandangkan perutku telah pun menghantar isyarat, aku pun terus memecut kereta kecilku. Standard bagi seorang perempuan, laju mana sangat lah aku boleh pecut. Sampai sahaja di rumah terus ku berlari ke tandas kecil rumahku untuk kesekian kalinya. Hairan, time memecut, boleh hilang sekejap sakit perut.
Penat betul buat marathon ke tandas. Malam itu aku berjumpa doktor, disahkan bahawa aku keracunan makanan. huuu.. Ni mesti kes Karaoke Pulau Carey. Lepas ni, tadak makna aku nak pi situ lagi..
Sekian kisah untuk kali ini...
Girly Comments & Graphics
No comments:
Post a Comment