About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Thursday, April 23, 2009

WARNA HARI LAHIR


Warna Hari Lahir anda adalah Maroon.


Sifat : Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!


SUMBER: FACEBOOK.. (hehe..quiz)

My Lucky No. 7... (secret of birth number)


1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


5. Perintis
Mereka adalah perintis.Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.


6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.Mereka suka seni musik.Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Mereka sangat suka berahsia.Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Saturday, April 18, 2009

kerana aku bodoh

kerana kebodohan sendiri,
aku masih begini dan di sini.
kerana kebodohan sendiri,
aku masih sendiri.


tiada pengajaran dan iktibar yang diambil
kerana selalu alpa, lalai dan terbuai dengan perasaan sendiri.


dan kerana itu aku tetap begini disini sendiri..

Monday, April 6, 2009

Aku dan Cinta(3)

Berkenalan dengan seorang sahabat. Katanya, aku harus beri peluang pada diri untuk merasai nikmat cinta. Aku senang tanpa cinta. Mengapa perlu aku biarkan diriku mendekati risiko cinta? Apa faedah membiarkan hari terluka? Bagiku cukup sekadar menjalani hidup tenang tanpa ada rasa yang buat aku terganggu. Bebas menjalani hidupku. Tidak berasa terikat mahupun terkongkong. Tiada di dalam kamus hidupku tertulis aku membenci lelaki. Sedangkan kenalan, teman dan kawan rata-ratanya adalah lelaki.

Bukan tak pernah aku memberi diri ini peluang untuk dicintai dan mencintai. Namun, tiada apa yang ku dapat. Cinta agung Romeo dan Juliet? Laila dan Majnun? Sudah tidak boleh diterima pakai lagi di zaman serba canggih ini. Itu semua kisah dongeng yang sering disampaikan dari mulut ke mulut. Mungkin aku belum jumpa maksud sebenar cinta. Mungkin sebab itu jugalah yang buat aku ragu-ragu terhadap cinta.

Aneh. Seorang yang percaya cinta sejujurnya, tapi tidak punya rasa cinta.



Insan@insanE

Al-kisah...

Last Saturday(4/4/2009), aku pi lawat Mak Ngah kt Kg. Jenjarom. Malam tu Mak Ngah ajak g karaoke. hoho.. layan..

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Ishk.. Tengah syok layan AF, kne out pulak... Kena hormat tuan rumah, aku pon tutup la TV dan membontoti Mak Ngah dan yang lain keluar menuju ke kereta. Langkah memang longlai. Dalam hati aku berbisik perlahan, harap sangat tak payah drive malam tu. Ayahanda tersayang laju je merapati kereta kecilku.. Adoi. Dengan slumber aku hulur kunci kereta pada ayah dan dengan pantas aku memilih untuk duduk di seat belakang driver. Fuhhhh!! Selamat.. Muka ayah memang sengal la.. Nak buat lagu mana.. 1st come, 1st serve la.. Anak yang sengal.. haha..

Dalam hujan kami berangkat ke Pulau Carey(Port KARAOKE yang Mak Ngah ajak). Tempat nampak ok. Lepas pilih meja, masing-masing buat pesanan. Sementara tunggu pesanan sampai, layan tengok orang-orang OTAI berkaraoke. Gile lawak.. Macam tak sedar diri pon ada. Mungkin itu je hiburan bagi mereka.. Mak Ngah suruh ayahandaku pi nyanyi... Pergh!!! Mentah-mentah perlawaan di tolak. ayah cakap takda kelas.. Sengal gak ayahandaku ini.. Semua bantai gelak.. Memang Extream lol!!! Orang kat situ gelek tak hengat punye. Kami yang tengok orang-orang berkaraoke tu da macam pengkritik AF. tak sia-sia miss tengok konsert AF sampai habis malam tu. Lebih kurang pukul 12++ kami berangkat pulang ke rumah Mak Ngah. Sampai rumah dah tak boleh nak fikir benda lain selain tidur.

Ahad pagi yang memang sengal untuk aku. Belum nampak matahari.. Azan belum berkumandang. Ayam pun belum berkokok, seruan ke tandas memanggil-manggil. Perut memulas rasa macam nak mati. 3 kali pergi tandas. Bab tertonggeng kat katil tak yah ceritalah.. Serius sakit. Tapi demi untuk tidak ponteng kelas pada pagi Ahad yang tak berapa nak indah itu, ku gagahkan juga diri ini untuk drive balik subang.

Dengan tidak senang hati dan berbekalkan sakit perut yang masih tersisa, aku berusaha memandu secara berhemah.. Masuk je area Shah Alam, dah tadak maknanya nk berhemah.. Kereta kecilku dipecut laju. Sakit perut dah sampai tahap kritikal. Setibanya aku di rumah, terus aku menuju ke tandas kecil. PERGH!!!! 2 kali keluar masuk tandas. Jam menunjukkan sudah pukul 8pagi. Kelasku bermula jam 10. Aku berkeputusan untuk melelapkan mata selama yang dapat. Tepat jam 9 pagi aku bingkas bangun untuk bersiap ke kelas. Setibanya di kelas, Anis, kawanku menegur melihatkan rupaku yang sememeh. huuu..

Dalam kelas, belum pun 1 jam duduk dan menyalin nota, seruan tandas memanggil lagi.. adoi la.. Memang dugaan.. Habis kelas, ada pula discussion dengan kawan-kawan. Harapan nak balik awal berkubur begitu saja. Akhirnya aku pulang ke rumah jam 2 petang. Bertambah satu lagi dugaan bila aku stuck dalam traffic jam. Dihujani kerenah pemandu yang tak berhemah buat aku betul-betul panas. Sebaik sahaja aku masuk ke area Ara Damansara, jalan sangat lengang. Memandangkan perutku telah pun menghantar isyarat, aku pun terus memecut kereta kecilku. Standard bagi seorang perempuan, laju mana sangat lah aku boleh pecut. Sampai sahaja di rumah terus ku berlari ke tandas kecil rumahku untuk kesekian kalinya. Hairan, time memecut, boleh hilang sekejap sakit perut.

Penat betul buat marathon ke tandas. Malam itu aku berjumpa doktor, disahkan bahawa aku keracunan makanan. huuu.. Ni mesti kes Karaoke Pulau Carey. Lepas ni, tadak makna aku nak pi situ lagi..

Sekian kisah untuk kali ini...

Girly Comments & Graphics


Girly Comments & Graphics