Setelah sekian lama x menjenguk blog, akhirnya aku manage jenguk blok berhabuk ni.. huhu.. Baru selesai balas mesej kawan2 yang dihantar start dari end of last month till last week. Boleh tahan busy juga aku yang bergelar kuli ni. Kesian kawan2ku itu tertunggu-tunggu mesej aku.
Dalam banyak2 mesej, ada 1 mesej yang menarik perhatian.. Mesej dari seorang sahabat yang aku kenal di netlog... Dari cara dia menulis memang nampak naive. Tiba2 teringat zaman aku dulu2... NAIVE... haha.. Sahabatku minta pandangan... Katanya, dia berkenalan dengan Sang Arjuna yang sungguh baik lagak dan gayanya. Menurut ceritanya, beliau telah diperkenalkan dengan keluarga Sang Arjuna. Dari situ nampaklah macam Sang Arjuna tu nak get serious... kan?kan?kan? Part yang best, Sang Arjuna buat pengakuan berani depan keluarga bahawa... dia memang dah fall in love dengan sahabatku itu. Masalahnya, sahabatku ini tengah dalam dilema dek kerana teguran seorang temannya yang telah mengeluarkan statement berbunyi,"dia tu suka sangat spend money kat kau, baik ko jauhkan diri sikit manalah tahu kalau2 dia tu sebenarnya nak body..." Lebih kurang begitulah kiranya...
Persoalannya, benarkah apa yang dikatakan olah teman kepada sahabatku itu? Hmmm... Bagiku, jawapannya subjektif. Walaupun rambut sama hitam, hati lain2. Kita xboleh nak judge orang semudah itu. Mungkin niat Sang Arjuna sekadar ingin membahagiakan yang tersayang tapi mungkin juga ianya memang perangkap durjana. Bagi akulah, sebagai perempuan, kita perlu pandai jaga diri. Act smart will always help us in any way. Dikala usia yang semakin meningkat, seharusnya kita sebagai individu perlu matang seiring usia. Kita perlu tahu sebab dan akibat daripada sesuatu yang kita lakukan dan bakal lakukan. Tidak salah rasanya kalau kita mengambil langkah berjaga-jaga. Bukan rugi besar kalau setakat menjaga maruah diri dan keluarga...
Oleh itu, aku menyeru para gadis supaya berhati-hati dalam berkawan. Mungkin ada betulnya juga statement teman kepada sahabatku itu. Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam...
No comments:
Post a Comment