About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, December 2, 2008

25/11/2008; Tuesday

Macam biasa, tunggu ayah datang jemput kat Stesen LRT Kelana Jaya.
Baru je balik kerja. Boleh pulak kasut buat hal hari ni. Nasib baik memang spare kasut kt ofis.. Kalau tak, memang naya balik rumah kaki ayam. Yang tak menariknya, kasut yang aku pakai sekarang ni, kasut tumit tinggi, 3". Gila betul. Seingat aku, aku cuma pakai kasut tinggi occasionally je.. Lemau la nak g kerja macam ni.. Dugaan..
Seronok tengok telatah orang dekat Stesen LRT ni..
Macam2 gaya ada... Ada yang macam lemah... Ya lah, penat seharian bekerja. Ada juga yang nampk gembira... Mugkin dapat berjumpa teman berkongsi rasa. Bahagianya. Aku? Duduk la sorang2 tunggu ayah. Teman berbual? Siapalah yang nak berbual dengan aku ni??? Dah lama rasanya aku tak duduk macam ni. Perhati keadaan sekeliling... Berteka-teki sendiri... Mengagak perilaku insani..
Hari ni memang tak best. Lagi2 bila tau Kak M nak resign. Aku jadi sangat DEMOTIVATED. Paling tak best bila dia yang ingatkan last day dia kerja Jumaat ni. Sengal!!! Lepas ni dah tak ada member nak lepak2, ajak borak, nak mengadu nasib. Rasanya ilmu yang aku kutip dari dia belum cukup.
5 bulan tempoh perkenalan, belum cukup lama tapi cukup untuk merapatkan hubungan kami. 5 bulan, dah macam adik beradik. 1 anugerah buat aku yang x pernah rasa kasih seorang seorang kakak. Mungkin agak terlewat untuk aku cari kasih itu, but it is better than nothing, right?
Masa mula2 Ady resign, aku da start rase tak best. Dialah "bro" paling best selama aku kerja kat ofis. Kena sakat tu, benda biasa la... Mungkin life aku tak berapa nak meriah witout Ady, but as long as KAk M ngan Abg Besar ada, aku rasa aku boleh bertahan... Sekarang Kak M pula nak pergi. Tinggallah aku dengan Abg Besar. Yang paling tak menarik bila aku kena transfer department. Dugaan. Lepas ni, kalau Abg Besar pun cakap nak pergi, alamatnya aku kenalah sambung study.

Kerja dengan insan2 bernama Kak M, Ady and Abg Besar buat aku rasa macam aku ada "One Happy Family At Home".
..........
Tengah layan perasaan, tiba2 ada orang ajak borak. Mungkin dia nampak aku bosan tahap cipan kot. Haha.. Borak punya borak, rupa2nya, dia Pen. Pengarah Kanan kt Putrajaya... Orang kerja Gomen... Baru balik dari Sabah katanya. Tak lama berborak, ayah pun sampai... Lepas say goodbye, aku pun baliklah... Tunggu apa lagi????

No comments: