About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, December 3, 2008

2/12/2008; Tuesday

Post blog untuk 3 hari dalam 1 hari... Jimatkan masa... Tak sempat nk post blog. Sempat type, tp x sempat post.. hmm...
..........

Macam biasa, tunggu ayah kat Stesen LRT Kelana Jaya... Tadi, masa mula2 sampai kat sini, aku nampak sorang pompuan baik punya lepak tempat aku selalu tunggu ayah.. Aku tak kisah pun... Tempat public, bukan ada tulis nama aku pun. Pada mulanya, aku ingat dia sama macam pompuan melayu bertudung yang lain, rupa2nya, pompuan ni lain sikit dari yang lain... lebih kurang setengah meter dari tempat aku berdiri, tiba2 aku ternampak asap kat area dia lepak. Jeng...Jeng... Jeng... Punyalah suspen... Ngam2 aku lalu depan dia, rupa2nya dia smoking... la...

Sayang, dah ayu bertudung, smoking pulak... Melalui pemerhatian aku, dapat di simpulkan bahawa kalau nak merokok, tak payah tunggu jadi jahat. siapa2 yang tak berfikir panjang dialu2kan merokok... Hmm.. sedikit penyesalan timbul dalam hati, bukannya mereka tak tau merokok itu merbahaya, tapi degil juga nak merokok. Pucuk pangkal pada hati...

Masa dirasakan bergerak dengan sangat perlahan... Macam siput join marathon. da dekat 45 minit aku tunggu ayah... Ayah ni macam dah lupe yang aku tunggu dia kat sini... Macam dah nak nangis ni!!!!
Bosan... Aku pusing kiri... Pusing kanan... Bersila... Bosan sampai tak tau nak buat apa... Dengan bosan aku snap gambar kasut baru aku... Baru beli semalam dengan MBB... Heheheh... da bosan2, malas aku nak pikir pasal orang yang dok lau lalang sebelah aku. MBB tak tau pun aku gi ofis pakai kasut ni... Kalau dia tau, sure kena gelak. HAHA..




Kalau bukan sebab orang yang jual kasut tu tak simpan kasut saiz aku, mesti aku tak payah gi ofis pakai kasut ni. Dah tau ramai orang besrsaiz kaki macam aku, simpan la stok lebih sikit... Ishk.. Ayat apakah ini???

Lepas 1 jam bertapa kat Stesen LRT, ayah pon sampai...Akhirnya, aku pon baliklah rumah...

Tuesday, December 2, 2008

1/12/2008; Monday

Hari ni birthday MAMA. Tepat jam 12 tengah malam, aku dan adik2ku kejut mama... Nak bagi birthday present... Guess wut????? Kami adik beradik collect duit belikan mama oven. Ganti oven lama dia yg da rosak. sukanya dia...
.........

Hari ni aku ponteng kerja. Pergi Shah Alam ambil gambar konvo. Dah seminggu terperap kat studio budak AD. Hahaha.. Lepas settle hal gambar, pergi bayar bil streamyx dengan bil telefon mama... Banyak betul dugaan nk bayar bil... berapa kali tawaf parking lot nk cari parking. At last my best bro (MBB) gi amik no giliran kt Pejabat Pos Giant sek 13. Sempoi... Settle bayar bil, straight gi Kelana Jaya hantar kereta kat ayah. Paling kelakar bila MBB gelabah bila aku cakap nak jumpa ayah. Merah muka dia... Mana taknya, jumpa ayahku yang ala2 garang... Pakai short lak tu...Tak habis2 tutup muka. Lepas hantar kereta, ayah hantar kami ke Stesen LRT Kelana Jaya. Ayah pandang memang ala2 tak puas hati... Maybe dia risau anak dia kawan dengan orang bukan2.
..........

Mid Valley, tempat yang kami plan nak pergi... Jalan2, beli kasut, makan, tengok wayang... Tengok cerita TWILIGHT. Dugaan waktu tengok wayang...
1. MBB tak layan cerita ala2 romantik. So asyik menguap jer.. (w/pun sebenarnya TWILIGHT tu cerita pasal VAMPIRE)
2. MBB asyik tanya je.. Tak boleh nak FOCUS.
3. Cerita yang main kat wayang banyak potong. Tak macam yang aku baca dalam novel. TAK PUAS HATI!!!!!!
Waktu cari kasut pon ada juga dugaannya... semua kasut yang aku try, dah tak ada saiz aku. SAKITNYA HATI!!!!!!! Last2, aku ajak MBB g MOMOE, ada gak kasut best... pun tak ada saiz... Last2, aku beli kasut ni...

25/11/2008; Tuesday

Macam biasa, tunggu ayah datang jemput kat Stesen LRT Kelana Jaya.
Baru je balik kerja. Boleh pulak kasut buat hal hari ni. Nasib baik memang spare kasut kt ofis.. Kalau tak, memang naya balik rumah kaki ayam. Yang tak menariknya, kasut yang aku pakai sekarang ni, kasut tumit tinggi, 3". Gila betul. Seingat aku, aku cuma pakai kasut tinggi occasionally je.. Lemau la nak g kerja macam ni.. Dugaan..
Seronok tengok telatah orang dekat Stesen LRT ni..
Macam2 gaya ada... Ada yang macam lemah... Ya lah, penat seharian bekerja. Ada juga yang nampk gembira... Mugkin dapat berjumpa teman berkongsi rasa. Bahagianya. Aku? Duduk la sorang2 tunggu ayah. Teman berbual? Siapalah yang nak berbual dengan aku ni??? Dah lama rasanya aku tak duduk macam ni. Perhati keadaan sekeliling... Berteka-teki sendiri... Mengagak perilaku insani..
Hari ni memang tak best. Lagi2 bila tau Kak M nak resign. Aku jadi sangat DEMOTIVATED. Paling tak best bila dia yang ingatkan last day dia kerja Jumaat ni. Sengal!!! Lepas ni dah tak ada member nak lepak2, ajak borak, nak mengadu nasib. Rasanya ilmu yang aku kutip dari dia belum cukup.
5 bulan tempoh perkenalan, belum cukup lama tapi cukup untuk merapatkan hubungan kami. 5 bulan, dah macam adik beradik. 1 anugerah buat aku yang x pernah rasa kasih seorang seorang kakak. Mungkin agak terlewat untuk aku cari kasih itu, but it is better than nothing, right?
Masa mula2 Ady resign, aku da start rase tak best. Dialah "bro" paling best selama aku kerja kat ofis. Kena sakat tu, benda biasa la... Mungkin life aku tak berapa nak meriah witout Ady, but as long as KAk M ngan Abg Besar ada, aku rasa aku boleh bertahan... Sekarang Kak M pula nak pergi. Tinggallah aku dengan Abg Besar. Yang paling tak menarik bila aku kena transfer department. Dugaan. Lepas ni, kalau Abg Besar pun cakap nak pergi, alamatnya aku kenalah sambung study.

Kerja dengan insan2 bernama Kak M, Ady and Abg Besar buat aku rasa macam aku ada "One Happy Family At Home".
..........
Tengah layan perasaan, tiba2 ada orang ajak borak. Mungkin dia nampak aku bosan tahap cipan kot. Haha.. Borak punya borak, rupa2nya, dia Pen. Pengarah Kanan kt Putrajaya... Orang kerja Gomen... Baru balik dari Sabah katanya. Tak lama berborak, ayah pun sampai... Lepas say goodbye, aku pun baliklah... Tunggu apa lagi????