About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, April 23, 2008

Aku bukan seperti yang kau kenal dulu..?


aish.. tajuk blog cam tajuk novel lak.. haha..

kalau ditanya teman sepermainan, perhaps diorang xkan percaya inilah aku yang lasak dulu. inilah aku yang kasar dulu. ternyata aku memang dah berubah. dari seorang yang kasar, menjadi semakin lembut..tapi bukan la totally lembut. dari seorang yang pendiam, menjadi seorang yang agak ramah. walaupun tidak seramah mana.


kalau ditanya teman persekolahan, mungkin diorang tidak pernah sedikit pun menyangka aku ini boleh jadi seorang yang berguna. (wei, aku masuk U tau!!) actually, zaman sekolah aku x gempak mana pun.. bodo.. xglamour.. cuma nakal sikit je.. ala, setakat ponteng sekolah.. tuang kelas.. apadahal..


time study kat U.. da kurang nakal.. walaupon selalu sangat ponteng kelas..xpenah wat crime.. ala2 di bawah lindungan kaabah gitu.. ye la.. walaupon aku kawan dengan macam2 jenis orang.. aku x ada la senang2 terpengaruh.. sikit2 tu mungkin la.. ala..kena la consider.. budak baru blaja nk hidup.. aku layan hip hop la.. rock la.. etnik kreatif pon ada. ye la.. nk cari identiti la kononnye.. dah macam rojak.. sampai arini aku kne band dengan ayah kalau nyanyi/play hip hop song kuat2.. die allergy dengan lagu rap. die cakap lagu rap x ada seni.. yang hairannya, rock yg terjerit pekik tu layan lak dia.. aish.. time kat U ade sikit perubahan yang aku sendiri xprasan. x-classmate aku cakap kat ayah die yang aku ni glamour (fulamak!! aku glamour?!!). pastu, ayah dia cakap kat ayah aku lak. (ayah dia dengan ayah aku 1 company). dengan bestnye ayah aku yang agak poyo ceritalah hal berkenaan kat aku sambil gelak. dia pun xpercaya. haha.. sengal.. aku rasa aku dah habis down to earth dah. dah habis low profile dah. aku ni ada karisma kot.. heheh..(perasan) tu cerita time diploma.. bila further degree, aku berkawan dgn orang2 yang lebih dewasa pemikirannya (umurnye lebih setahun je). aku seronok dapat kenal diorang. diorang banyak mengajar tentang realiti kehidupan. berbeza dengan time diploma. time diploma banyak berangan la. haha.. berkawan dengan mereka yang matang betul2 membantu aku menjadi matang. dengan diorang aku belajar cara2 hadapi masalah dengan effective & efficient. kadang2 bila fikir balik, being an adult is not as easy as we think. lot of things yang kena consider. but i will not turning back. even though susah nak jadi dewasa, aku kena jugak jadi. xkan sampai bila2 nk jadi budak? xkan sampai bila2 nak tunggu orang lain buat keputusan untuk diri sendiri?

hmm.. sekarang, aku bukan lagi anak kecil yang suka memberontak. aku kini sudah semakin bijak menyuarakan pendapat dan pandangan. terima kasih kepada pengalaman hidup yang banyak membantu. aku dapat merasakan peralihan yang berlaku dalam hidupku..mcm zaman tv hitam putih convert gi zaman tv kaler and skang beralih ke zaman tv plasma(flat screen). tapi aku xmungkin boleh berubah tanpa mereka yang sentiasa di sisi. ditegaskan di sini, perubahan bukanlah sesuatu yang buruk yang pernah berlaku dalam hidup. perubahan memungkinkan sesuatu yang bermakna hadir dalam hidup. just go easy and follow the flow of life.


aku mungkin berubah pada zahirnya..pada luarannya.. tapi jauh di sudut hati, masih tersembunyi aku yang dulu. xmungkin aku berubah sehingga lupa maksud hidupku. aku masih aku walaupun bukan yang dulu. kalau perasan, aku dah x guna hitam jadi background page aku sebab aku rasa zaman kegelapan, zaman mencari-cari dah nak berakhir. aku rasa bahagia dgn warna2 pastel. tenang dan damai.. mungkin inilah yang aku cari dulu.. "dah nak berakhir" bermaksud, aku belum totally jumpa apa yang aku cari, tapi setakat ini, aku rasa berbaloi menikmati apa yang aku dah jumpa. tapi misi mencari xkan pernah berakhir di sini.


mengaku mengenaliku lebih daripada aku mengenali diriku? pasti berlaku kesilapan di situ. acapkali perubahan berlaku dalam hidupku(cewah..vocab baru). dan perubahan yang berlaku sememangnya ada kena-mengena dengan kamu. percayalah, kamu xkan kenal aku yang baru kalau kamu sebenarnya tidak pernah ikhlas mengenaliku yang dulu kerana aku masih aku, tetap aku dan akan selalu menjadi aku.


pening?!! inilah aku..

No comments: