About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, March 21, 2012

SUPER Busy on MARCH!!!

As predicted, will be SUPER VERY BUSY for the whole month of March. By coming home at 10.30pm everyday have became routine. By not coming back at all and stranded in the office every 2-day is so-called cliche. Get used of forgotten what is weekend.

Burdened by Tsunami of work where least people will noticed about how big the project that we engaged with. TIRED. Need a HOLIDAY.

Dear Boss,
Please get me an assistant. I need a LIFE!!!


LOVE STORY??? What kind of story is that? Duh!!! I don't have time for myself. For others??? Just think for yourself.

***********************************************************************************

I don't care about what will happen next. I'm going to take my leave for a week NEXT MONTH. Lang Tengah Island sounds good, right? XD


Footnote:
Just ignore the grammatical error. TQ.

Saturday, March 10, 2012

9/3/2012: Hari Malas Aku... BerBUNOHAN Bersama Teman Sekerja

Hari ini aku semacam tak bekerja. Datang ke pejabat jam 1.20 tengah hari. Menemani teman sekerja ganti anak buah jadi "helpdesk" sampai orang lelaki balik dari Solat Jumaat sambil ber"Facebook" dan ber"Twitter".


Jam 3 petang, barulah nak keluar makan tengah hari. Masa nak keluar pergi makan, baru perasan tak bawa "purse". Ya Allah, kenapalah aku ni pelupa sangat??? Terpaksa pinjam duit orang. Alahai... Walaupun gigi sakit, pipi bengkak dan tak bawa duit, gigih aku makan nasi ayam penyet. Melampau kan??? Hahahaha...


Petang, aku siapkan tugasan yang tertangguh. BANYAK juga emel yang perlu dibalas segera. Banyak juga dokumen yang perlu di proses. Hmmm... Sudah mula menyampah tengok fail-fail dan kertas-kertas yang menutupi meja. Nak pulang ke rumah perlu tunggu jalan kurang sesak. Disebabkan oleh tak bawa kad pengenalan, lesen memandu dan wang, aku duduklah di pejabat sehingga jam 9 malam menunggu ayah hantarkan "purse" yang tertinggal. Nasib baik ayah perlu ke tapak kerja malam ni, kalau tidak??? Hmmm... macam manalah aku nak balik rumah. Perut lapar pula tu. Sementara menunggu ayah, teruk juga aku disakat teman-teman sekerja. Apa nak buat, cuma aku wanita yang rajin sangat duduk di pejabat sehingga lewat malam.


Sebenarnya, aku malas betul nak pulang awal. Yalah, orang bujang macam aku ni bukan ada benda pun nak buat di rumah. Bosan. Aku lagi rela buat menghabiskan kerja-kerja tertangguh daripada mendengar bebelan pedas mama pasal kahwin. Hish! Mungkin nasib aku baik hari ni sebab teman-teman yang sedang tertekan dengan kerja mengajak aku menonton wayang. Aku kira mereka cuma ajak-ajak ayam. Nyata mereka benar-benar mengajak aku. Maka pergilah kami berempat ke e@Curve menonton filem BUNOHAN yang mana akulah seorang wanita bersama tiga lelaki. Amboi! Kekok? Tak juga. Mungkin sebab memang kebanyakan kawanku adalah lelaki. Cumanya aku tak tahan dengan asap rokoklah. Merokok macam minum air saja mereka ni.


Apa menarik tentang BUNOHAN??? Cinematography. Cantik. Jalan cerita??? Bagi aku berat. Untuk orang yang sedang tertekan seperti kami yang konon nak lepaskan tekanan memang salah ceritalah nak tonton. Pening. Mungkin kepada sesiapa yang sukakan cerita sebegini, seronok kot. Bagi aku dan kawan-kawan, kami sependapat mengatakan jalan ceritanya buat kami susah nak faham. Bikin tambah tensi. Namun, disebabkan oleh gaya Cinematography yang cun, kami berjaya menonton sehingga habis.


Selesai menonton, kami minum-minum di restoran mamak berdekatan pejabat. Sembang-sembang sekejap sebelum pulang semula ke pejabat. Jam 2.45pagi, sampailah aku di rumah... PENAT & MENGANTUK...

Tuesday, March 6, 2012

SELAMAT PAGI : 06032012

Awal benar sampai pejabat. Kosong. Yang ada hanya Pak Guard dan aku. Nasib baik bawa bekal dari RUMAH. Kita MAKAN dulu!!!





~~inilah keadaan bila terdatang SUPER AWAL

Sunday, March 4, 2012

Aku dan Orang-orang Penting Hidupku

Aku memang gila. Tak perlu tunggu lama bila aku dah nekad. Tanggungjawab yeng tergalas di bahu selalu buat aku rimas tapi apapun yang berlaku, aku tetap kena tanggung, kan? Berhak memilih atau tidak, andainya tanggungjawab itu suda diserah, tetap kena galas. Kenapa perlu lari dari tanggungjawab? Tanggungjawab buat seseoarang itu lebih matang. Lebih banyak tanggungjawab, maka lebih penting seseorang itu di mata masyarakat.

Aku orang penting? Bukan. Aku cuma berkhidmat untuk orang penting dalam hidupku. Siapa? Merekalah yang memberi rasa kasih dan sayang. Merekalah yang sentiasa ada bila-bila saja aku perlukan. Menjadi tugas aku untuk selalu ada bila saja diperlukan.

Semalam hari tersibuk aku. Kerja. Membantu adik dan sepatutnya menghadiri majlis pernikahan teman baik. Akibat terlalu sibuk,aku terlepas majlis pernikahan. Dari Subang ke LCCT dan terus ke Melaka. Tanpa rehat lama, memandu pulang ke Subang. Tiba di rumah pada Jam 3++ pagi.

Hari ini, akibat terlalu letih aku tak ke pejabat tapi WAJIB hadir majlis persandingan teman baik. Tak sempat menunggu majlis tamat, aku bergegas pulang. Kononnya nak siapkan kerja yang terbengkalai. Dalam perjalanan pulang, aku dikejutkan dengan berita seorang lagi teman rapat merangkap adik dimasukkan ke wad unit rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang. Bagai nak luruh jantung. Setibanya di rumah, otak sudah tak mampu bekerja lebih lalu aku pun tumbang.

Terlalu banyak perkara dalam hidup dan terlalu pantas semua berlaku. Kadang-kadang kita tak sedar pun sebenarnya kita punya tanggungjawab besar sebagai individu sehinggalah perkara-perkara yang kita tak jangka berlaku. Tanggungjawab yang kita galas sama ada rela atau tidak secara tidak langsung menjadikan kita sebagai orang penting dalam hidup orang-orang penting dalam hidup kita.


~~Minta semua yang membaca n3 ni mendoakan agar kesihatan teman rapat merangkap adikku (Muhammad Redzuan Bin Mat Radzi)pulih seperti biasa. Usikan dan gurauannya selalu menjadikan hari-hari terasa ceria. Amin.