About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, September 26, 2011

SEPTEMBER 2011


September 2011 yang sungguh memenatkan. Sebab pertama, haruslah sebab Hari Raya Aidilfitri...

Minggu pertama September saja dah buat aku rasa nak tumbang. Beraya sakan!



Minggu kedua, kena hadiri majlis perkahwinan sahabat di Pasir Gudang. Jauh tu!!! Balik hari tau. menjadikan ianya lebih penat ialah kerana hari sebelum ke Pasir Gudang, aku menemani ayah menghantar adik ke Melaka (dah nak mula kuliah) dan pulang awal pagi(jam 1pagi). Esoknya, bertolak ke Pasir Gudang seawal 7pagi. Hari seterusnya, KERJA!!! Fuhhh!!!



Minggu berikutnya, aku berkampung di pejabat. Paling teruk bila tak balik tidur. bekerja 21 jam! Ini semua gara-gara Tender KPKT2. Sudahnya, pihak KPKT nak re-tender. Bukan main sakit hati lepas dapat berita itu.

Hujung minggu terakhir di bulan September, aku hadir ke majlis persandingan rakan sekuliah di Klang. Tak sangka terserempak dengan sepupu. Kecil betul dunia.



Tak cukup dengan hari kerja yang memang sibuk. Hari cuti pun sibuk. Paling tak seronok bila kena kerja pada 16/9/2011. Hari di mana semua warga Malaysia sedang bercuti meraikan hari 1 Malaysia. Memang sangat menguji tahap rasional.



Di kala hujung bulan macam ni, aku ingat bolehlah nak rehat-rehat sikit memandang aku dah bekerja macam nak mati sepanjang bulan akan tetapi, aku dapat satu lagi kerja baru. ISO. Tahu apa itu ISO? Sila google.



Haih... Bilalah aku nak dapat rasa melepak dengan kawan-kawan selepas tamat waktu kerja... Bilalah nak dapat peluang berhujung minggu di luar kota. Dah lama tak berkelah bersama teman-teman. Harap-harap bulan Oktober aku tak sesibuk September.


Wednesday, September 21, 2011

1 MALAYSIA

Siapa tak tahu pasal 1 Malaysia? Hari 1 Malaysia? Haih, ni orang Malaysia ke tak ni? Tak peka dengan berita semasa betullah. Nak kena ni!!! Ewah, memceceh pulak saya. Baiklah, biar saya kongsi pengetahuan yang ciput ni bagi mereka yang tak tahu langsung apa itu 1 Malaysia.

Dari pemahaman saya, 1 Malaysia tu ialah konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib. Hari 1 Malaysia di sambut pada 16 September setiap tahun. Dah tahu? Bagus... Masih tak tahu? Hmmm... Baiklah, mengikut pemahaman saya, konsep 1 Malaysia ni adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa berikutan isu-isu perkauman yang sibuk digembar-gemburkan. Biasalah, perkara-perkara macam ni memang selalu berlaku setiap kali hari pilihanraya nak dekat. Masing-masing nak pancing undi. Nak berebut kerusi parlimen. Nak memerintah... Tu apa yang saya fahamlah. Tapi bila difikir-fikirkan, tak ada salahnya konsep 1 Malaysia ni. Kenapa perlu sempitkan minda dengan masalah perkauman sedangkan selama lebih 50 tahun hidup dalam satu negara tak ada berlaku perang atau tak cukup makan? Isu yang perlu difikir-fikirkan...

Seelok-eloknya sebagai rakyat yang sentiasa mahukan keamanan negara, sepatutnya kita sokong pemimpin. Sekiranya ada yang tak puas hati di bawah kepimpinan, suarakan dengan cara baik. Bukankah orang Asia terkenal dengan budaya sopannya? Malaysia salah satu dari negara Asia, bukan? Tak perlu nak adakan demonstrasi jalanan yang tak menguntungkan. Tak perlu nak guna taktik kotor jatuhkan sesama sendiri. Maaf andai ada yang kurang senang dengan tulisan ini. Sekadar meluah pendapat.

Walaupun Malaysia kecil di dalam peta tapi namanya besar di mata dunia. Skandal dalaman yang diperbesar-besarkan sesetengah pihak mampu menjatuhkan nama negara secara langsung atau secara tidak langsung. Lihat saja kesannya pada ekonomi negara. Contoh terdekat, negara jiran kita. Indonesia. (Maaf, saya bukan pakar ekonomi. Belajar ekonomi dulu pun setakat yang asas saja) Negaranya jauh lebih besar dari Malaysia. Rakyatnya ramai berjuta tapi masih ramai yang dhaif dan miskin. Kenapa? Kekecohan sosial dan politik.

Syukurlah dengan apa adanya. Anak-anak kecil boleh ke sekolah. Percambahan institusi pendidikan yang kian meningkat. Taraf hidup rakyat yang semakin baik. Berbanggalah dengan Malaysia. Walau berbilang bangsa tapi kita mampu mengecapi semuanya.

Malaysia bukan hak satu-satu kaum. Malaysia hak KITA. Pertahankan Malaysia dan jangan pernah biar dijajah lagi.

Salam 1 Malaysia!!!



Logo 1 Malaysia diambil dari http://a01lida.wordpress.com/2009/08/

Tuesday, September 20, 2011

HARI RAYA 2011

Salam sayang semua...

Lama tak mengarang kat sini. Maaf semua sebab tak berkesempatan nak berkongsi cerita. Syawal pun semakin sampai ke penghujung. Apa-apa pun nak minta maaf pada semua yang mungkin terkecil hati dan tersinggung dek tulisan-tulisan suka hatiku ini. Maaf ya semua.

Tahun ini aku dan keluarga beraya di Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor dan diikuti pula dengan Labis, Johor. Eh, macam pelik sangat pula tatabahasa aku ni. Abaikan.

Penat? Bukan main lagi rasanya. Selepas beraya bersama atok (sebelah ayah)dan saudara mara yang lain di KKB, kami terus bergerak ke Sekinchan untuk melawat kubur arwah nenek dan sekaligus melawat keluarga Mak Long Bibah. Tak dan setengah bersembang, aku pon landing depan TV dan akhirnya tertidur selama berjam-jam sehinggalah saudara mara yang lain sampai. Dahsyat betul aku tidur. Nak kumpul tenaga sebab lepas tu terus shoot balik Labis pula. Sampai rumah nenek (sebelah mak) lebih kurang jam 3 pagi. PENAT, ok...

Tahun ni aku beraya ala pusing satu kampung. Hampir semua saudara mara aku jejak (saudara mara sebelah mak ramai!!!).

Menjadi pemandu solo sememangnya sangat penat. Ditambah pula aksi dan kerenah mereka yang menumpangkan diri dalam kereta aku. Rasa penat sampai macam nk lemaskan diri kt sungai je. Nasib baik ada iman. Kalau tak ada langsung, Nauzubillah... Minta jauh...

Walaupun sibuk beraya, kerja dok tunggu aku. Maksudnya, badan aku je yang balik kampung, fikiran dok tertinggal kat pejabat. Dah nasib aku kerja line sales... Redha je la...

Setakat ni dulu. Selamat hari raya!!!!