About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Friday, August 5, 2011

ANNIVERSARY: MAMA & AYAH

Hari ni genaplah 27 tahun usia perkahwinan Mama dan Ayah. Resepi perkahwinan boleh bertahan sampai hari ini??? Paling penting mesti boleh tolak ansur. Itu kata Ayah. Mama pula katanya mesti banyak bersabar. Tak kisahlah apa kata mereka, yang penting aku gembira untuk mereka. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan!!!


Jom kita plan kejutan apa yang nak diberikan untuk hari istimewa ni... Setelah sibuk mengagihkan kerja, kini tibalah masa untuk menjayakan plan tadi. Apa plannya? Plan ringkas. Kejutan tak boleh lebih-lebih (sebab ayah sakit jantung). Jadi, kami rancang hendak beri hadiah comel beserta "open table" untuk sesi buka puasa/makan malam ini. Lokasi yang dirancang bukanlah kedai makan sebelah rumah (tak ada pun kedai makan sebelah rumah kami). Jeng... Jeng... Jeng... Di Tg Malim, Perak. Jauh kan??? Sebab aku nak ambil baju raya yang sudah siap. Hehehehe...

Apa hadiah comel tu??? Itu akan aku fikirkan bila sampai di "Gift Shop" sekejap lagi. Ingat nk cari barang ala-ala "couple" gitu. "SWEET" kan??? Hikhikhik

Diharap semua yang dirancang akan berjalan dengan baik. Oh, kena fikir pasal menu malam ini. Ayah tak boleh makan sembarangan. Haih... Apa ya menu sihat? Mari google...

Baiklah, sampai sini dulu.

Tuesday, August 2, 2011

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Hai, maaf ya sebab lambat update blog. Dah hari kedua baru nak ucap selamat berpuasa... wink2

Macam ni ceritanya... Semalam memanglah banyak masa lapang (ecewah macam tak ada kerja pula). Cumanya suasana sibuk di pejabat buat aku tak ada ilham nak tulis apa-apa. Tak apalah, yang penting aku tak lupa nak ucap SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. So, you all... Jangan ponteng-ponteng puasa, ok? Allah marah. Ni rukun Islam tau! kalau tak buat dosa...

Mari kongsi apa yang patut kita buat sepanjang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ni. Selain menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, seelok-eloknya kita meningkatkan amal ibadah dengan berzikir, bersedekah, bersolat tarawikh, membaca Al-Quran dan sebagainya.

Mari contohi Nabi s.a.w. Baginda adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.


Pasti ramai yang dah tahu fadhilat mengerjakan solat tarawikh, kan? Setiap malam punya fadhilat yang berlainan. Solat Tarawih atau Qiyam Ramadan merupakan satu sunnah yang amat dituntut. Umat Islam perlu menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan amal ibadah seperti solat-solat sunat. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 759.



Alhamdulillah, setakat ini aku masih belum ponteng puasa dan solat tarawikh. Walaupun hati kecil tu barbisik ala malas, namun aku gagahkan juga kaki melangkah ke surau untuk solat tarawikh berjemaah.

Membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan juga punya kelebihan tersendiri. Para salafussoleh adalah antara umat Nabi s.a.w yang diiktiraf sebagai generasi terbaik. Terdiri daripada kalangan mereka para sahabat baginda s.a.w, para tabi’in dan tabi’ al-tabi’in. Mereka amat mengambil berat amalan membaca al-Quran pada bulan Ramadan dan sudah menjadi kelaziman bagi mereka mengkhatam al-Quran berkali-kali pada bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan di mana pintu Rahmat (kasih sayang) dan pintu keampunan Allah dibuka seluas-luasnya serta ganjaran pahala dilipat gandakan kepada hamba-Nya tanpa batasan. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan kepada-Nya kerana pahalanya akan digandakan jauh lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lain.


Niat hati memang nak bertadarus. Teringat zaman belajar dulu. Setiap kali selesai solat mesti nak mengaji. Banyak masa terluang. Dari tidur atau berborak kosong, baik lagi kalau mengaji. Masa belajar dulu, aku tak boleh mengulangkaji pelajaran siang-siang. Siang hari memang tidurlah kerja aku kalau tiada kelas. Rindunya waktu itu. Sekarang ni bila dah bekerja susah pula rasanya nak buat macam tu. Baca Yassin setiap malam Jumaat pun payah nak buat. Semoga bulan Ramadhan kali ini aku berpeluang buat yang macam dulu-dulu.

Ada tambahan. Ala-ala bonus gitu. Sekiranya mampu, berusahalah untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana pahalanya menyamai pahala mengerjakan ibadah haji. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1782.

Jika dihitung,amalan mulia yang dilakukan di bulan mulia ini banyak pahalanya. Akan tetapi harus diingat, dalam mengejar pahala yang menggunung dengan melakukan perkara-perkara sunat, jangan dilupakan perkara wajib seperti solat 5 waktu sehari semalam. Itu yang paling penting. Apalah ertinya menahan diri dari lapar dan dahaga andai solat yang lima itu dilupa. Apalah gunanya berpuasa andai lima deria itu tidak dijaga.

Sekadar berkongsi pendapat. Aku bukan pendakwah mahupun ustazah tapi aku terpanggil untuk berkongsi ilmu yang ada. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan dengan mengamalkannya. Bersempena dengan Ramadhan yang mulia ni, jutaan maaf diminta andai ada terkasar bahasa hingga menyinggung rasa. Maklumlah, bila tangan menaip sesuka rasa lupa nak susun bahasa smpai terkadang ada yang terluka... Maaf sangat-sangat. Semoga Ramadhan kali ini beri kita lebih keberkatan. Selamat menunaikan ibadah puasa ya kawan-kawan...

p/s: Aku baca blog http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1859 dan terpanggil untuk mengarang lebih pasal fadhilat dan ganjaran beramal sepanjang Ramdhan. Ada ayat yang disalin terus dari laman tersebut. Sebenarnya niat cuma nak ucap selamat berpuasa. Layari laman tersebut untuk dapatkan lebih banyak informasi berkaitan amalan-amalan sunnah pada bulan Ramadhan.