About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, June 25, 2011

Bila Hari Lahir...


Setiap kali hari ulang tahun kelahiran, aku mesti tak boleh sambut dengan meriah. Pesta muda-mudi? Tak payah beranganlah. Hari lahir aku sama dengan hari ulangtahun pemergian Allahyarham Nendaku. Jadinya, memang takkan ada apa-apa sambutan atau keraian pada hari tersebut. Tapi adalah buat tahlil kecil-kecilan. Itupun dikalangan ahli keluarga yang berapa kerat ni je.

Tahun ini punya hari ulang tahun kelahiran lebih mengujakan berbanding tahun yang sudah-sudah. Kenapa? Kali ini bila aku celik saja biji mata pagi-pagi, bersusun mesej ucapan selamat hari lahir. Bukan itu saja, malah di muka laman sosialku juga penuh dengan ucapan demikian. Memang tak ada hadiah berbentuk fizikal pada tahun ini selain dibelanja makan di KFC oleh seorang teman rapat. Tapi doa-doa yang dikirim bersama ucapan selamat begitu bermakna buat aku. Terima kasih kawan-kawan!!!



Umur semakin meningkat. Ku harap pemikiran juga semakin matang. Jujur kuakui, aku tak bersedia langsung untuk menghadapi hari-hari mendatang. Walau usia meningkat dewasa, dirasakan tak banyak yang aku pelajari tentang hidup. Hidup yang "stagnant" atau aku yang meletakkan jangkaan terlalu tinggi terhadap diri? Entahlah. Walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan.



Ganbatte!!!

Semoga hari-hari mendatang memberi sinar bagi menerangi langkah di sepanjang perjalanan hidupku.


Tuesday, June 21, 2011

Assignment???

Dang!!! Aku tak siap lagi assignmnet ISO tu!!! Kenapalah malas sangat nak buat ni? Hmmm... Sebab rasa cam dah pernah ambil paper tu masa belajar kot. (Poyo2 da pandai la tu)

To be franked, seronok sebenarnya buat assignment ni. Teringat zaman belajar dulu. Syiok!!! Tapi as usual aku yang famous dengan gelaran Queen of the VERY LAST MINUTES ni memang akan buat last minutes la jawabnya. ChuP!!! Aku tak tiru orang ok. Semua buat sendiri tau.

Cukup setakat ini dulu aku merapu. Nak buka website ISO dulu. Esok ada discussion dengan yang lain. Tak nak nampak B.O.D.O.H katanya. Jom Study. Hehehehe... da...

Sunday, June 19, 2011

Istimewa buat Ayah

Mungkin bukan yang melahirkan
Tapi dia yang membesarkan

Dari sekecil tapak kaki hingga dewasa kini
Dialah tunggak, Dialah nadi

Dengar saja suaranya tergugat jiwa
Tapi suara itu juga pengubat rasa

Pengorbanannya tak perlu dikira
Apa lagi rasa kasihnya
Walau berjuta kali hati terluka
Aku masih di hatinya

Buat ayahanda tercinta
Segunung kasih selaut bicara takkan mampu ku balas jasa

Terima kasih AYAH atas SEGALANYA...

TENTANG AKU YANG KELIRU

Aku semacam tahu siapa aku
Aku semacam tahu apa mahuku
Aku semacam tahu hatiku

Tapi aku KELIRU

Semuanya mudah
Tak perlu kata madah
Tak perlu mimpi indah

Tapi aku masih keliru

Jiwa berkecamuk
Rasa dilanda resah
Minda bercelaru

Oh, Aku masih keliru

Nota Kaki;
Nukilan hasil dari imaginasi. Emosi yang terganggu dek hasil tulisan adalah tanggungjawab pembaca sendiri. Tidak dibenarkan sebarang salinan diedarkan menggunakan apa-apa medium sekalipun tanpa kebenaran. Sekian.

Saturday, June 4, 2011

Jun; Bulan Emo Buat Aku

You ALL!!!! Rindunya la hai... Lama sudah tak update apa-apa di sini. Kekangan masa dan ketiadaan mood menjadi faktor utama.

Sejak hilang "My Sexy Red", aku dah jadi macam "weng-weng". Tak ada mood nak update blog walaupun terlalu banyak untuk dikongsikan. (macam ramai sangat yang nak baca blog i. ngeeeeeeeeeeee)

Sibuk dengan kerja-kerja di pejabat ditambah pula dengan masalah peribadi yang tak terluah buat aku semakin "weng-weng". Menjadi semakin tak keruan bila aku tak punya sesiapa untuk meluah rasa. Maklumlah, semua kawan-kawan sudah sibuk dengan keluarga masing-masing. Aku? Keluarga? Hoho... Memang aku punya keluarga. Punya ayah dan mama. Punya adik-adik. Tapi aku kurang selesa untuk berkongsi rasa yang satu ini. Bukan tak pernah ku cuba. Hasilnya tak seperti yang kuharap. Bahasa mudah, kalau kongsi cerita dengan mereka pun sama macam tak cerita apa-apa. Baik aku simpan sendiri. Akhirnya, aku "weng-weng".

Alahai, emonya aku. Kenapa mesti Jun??? Bukan tiap-tiap bulan pun emo ke? Hahaha... Memang tiap-tiap bulan aku emo tapi bulan Jun lebih sikit emonya. Kenapa? Sebab birthday aku bulan ni la wei!!! Hahaha... Harap-harap masalah yang sedia ada tidak ditambah lagi dengan masalah baru. Aku jadi sangat sensitif setiap kali Jun menjelma. Jangan tanya kenapa, sebab aku tak tahu jawabnya.

p/s: bila menulis ikut perasaan, hasilnye memang cam h@#$%. Mahap la sume. EMO katenye...