Kau laung kata MERDEKA
Kuat hingga hampir hilang suara
Kau kibar bendera
Kata kau mahu tunjuk pada dunia
Sedang erti MERDEKA pun kau lupa
Apa yang kau mahu tunjuk pada mereka?
Kau nyanyi lagu Merdeka
Sungguh bersemangat waja
Tapi kau tahukah maksud senikata?
Sedang pemikiran kau masih di takuk yang lama
Hatimu penuh rasa benci
Kau kata mereka tak pernah ambil peduli
Padamu mereka mencuri
Tapi pernah kau fikir apa yang kau pernah beri?
Dasar minda kelas ketiga
Hanya ikut seperti dikata
Tak pernah mahu fikir baik buruknya
Diberi kemudahan disalahguna
Kalau ini kau kata MERDEKA
Kau masih belum merdeka
Kerana itu bukan MERDEKA...
About Me
- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Tuesday, August 31, 2010
Hati Yang Terluka
Kau guris hati tatkala kau simbah dia
Kau buat aku merana lihat dia calar
Kau buat aku terseksa
Kau buat aku hampir gila
Kau buat aku rasa nak pecah kepala
Kau tunggu sampai masa
Biar ku buat kau menjadi cela
Tak sabar tunggu saatnya tiba
Biar kau rasa apa ku rasa
**aku takkan lepaskan driver VIVA Elite WTS@#$%...
Skati ko jer nk men simbah2 kete aku..
Ko ingat abah kau tolong baya kete tu??? da r skati tok ko klepet parking aku!!!
Nasib baik aku pose.. xmo kuruskan pahala pose..
Kalau x, bukan takat cat putih, siap kerawang merah aku bubuh..
Kalau x cukup, dengan tayar2 kete kau aku toreh...
Tau pulak ko xmo balik umah ye...??? takut kan???
Ko nampak je aku cam lemah, kau blom kena lg.. Ko TUNGGU la...
~~aku yg sedang marah...

Saturday, August 28, 2010
Sujud PadaNya
Dunia ini milik Tuhan
Walau segagah mana kita menongkat langit
Dunia tetap milik Tuhan
Kau mungkin rasa hebat
Kau tentu rasa kuat
Hingga suruhan Tuhan kau tak buat
Kau lupa siapa Pencipta
Kau alpa siapa pemberi dunia
Kau leka dengan kesenangan sementara
Sedang kau tak punya apa tanpaNya
Celiklah
Buka matamu seluasnya
Dongak ke langit
Tunduk ke tanah
Nyata kau cuma satu dari ciptaanNya
Sujud padaNya
**peringatan buat insan kerdil seperti aku...

AYAH MARAH AKU
Ayah marah
Marah sangat
Ayah marah dengan kuat
Tapi aku tahu ayah sebenarnya risau
Ayah tanya
Tanya banyak kali
Tapi aku tetap diam
Mulut aku kunci rapat
Sangat rapat
Ayah pergi
Muka merah sangat
Tapi aku malah senyum
Kerana aku tahu ayah sayang aku
Ayah sangat sayang aku
**Oleh itu, bila setiap kali ayah marah, aku pasrah jer.
Sebab aku tahu, Ayah sangat sayang aku...

Friday, August 6, 2010
Andai Bahagia Itu Milikku
Andai bahagia itu milikku
Akan ku kongsi bersama semua
Andai bahagia itu milikku
Ku mahu kau juga turut merasa
Aku tak betah bahagia jika lihat kau kecewa
Terseksa aku lihat wajah duka
Andai bahagia itu milikku
Tak perlu kau gusar memikirkannya
Kerana aku hanya bahagia jika kau bahagia

Wednesday, August 4, 2010
Suatu Ketika Dulu
Suatu ketika dulu,aku tercari-cari arah hidupku. Ada ketikanya aku seakan sudah ketemu dengan apa yang aku cari tapi ada ketikanya aku rasakan bukan itu yang aku cari...
Biasalah hidup. Macam laut. Ada pasang surutnya. Bosan mengadap fail-fail projek, aku berehat sambil membaca blog lama. Mataku seakan tertarik dengan sepotong ayat. "aku dah x guna hitam jadi background page aku sebab aku rasa zaman kegelapan, zaman mencari-cari dah nak berakhir. " Kelakar. Sedang aku sekarang agak gemar dengan warna-warna suram. Adakah aku seperti kembali ke zaman kegelapan? Sudah tentu tidak. Bezanya aku kini, aku lebih terbuka. Aku tidak punya masalah dengan warna. Bagiku tidak kira apa jua warna yang mewarnai hidup, hidup tetap perlu diteruskan.

Kamu Selalu
Kamu selalu fikir tiada orang pentingkan kamu
Tapi ada kamu pentingkan orang lain?
Kamu hanya tahu pentingkan diri sendiri
Kamu selalu rasa orang benci kamu
Tapi ada kamu suka pada org lain?
Bukan nak kata suka, bergaul pun tidak
Kamu selalu anggap seluruh dunia memencil kamu
Tapi hakikatnya kamu yang cipta dunia sendiri
Kamu asingkan dunia kamu dari yang nyata

Macam Angin
Meraka datang macam angin
Ada yang datang caranya lembut
Ada yang datang secara mengejut
Walau macam mana sekalipun mereka datang
Mereka pergi macam angin
Mereka tak pernah singgah lama
Hanya seketika cuma
Tapi selalu saja meninggalkan bekas
Kadang-kadang buat aku rimas

Subscribe to:
Posts (Atom)