About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, October 25, 2011

Deepavali

Hello!!!

Jalan raya yang tak sesak langsung ketika pulang dari pejabat. Sangat suka hati!!! Hahaha... Al-maklumlah, esok kan hari cuti. Yang merayakannya cuma kaum India, tapi bila tengok jalan raya tadi dah macam semua pula yang sambutnya. Itulah seronoknya warga Malaysia. Pantang jumpa cuti, pulun!!! Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...


Cuti memang seronok, tapi tahu tak apa istimewanya hari esok sampai negara isytihar cuti umum setiap tahun? Haih, jiwa tak Malaysia lah kalau tak tahu. Ecewah. Aku pun bukan pandai sangat tapi bolehlah kalau setakat nak kongsi ilmu yang ciput ni...

Esok, 26/10/2011 merupakan Hari Deepavali @ Diwali yang disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Boleh pula tak perasan? Syok cuti bukan main! Setiap kali Hari Deepavali, penganut agama Hindu akan nyalakan banyak pelita (tapi bukan pelita macam orang Melayu sambut raya tu). Siap ada "kolam" depan pintu rumah mereka. Dey, bukan kolam ikan atau kolam mandi la. Haish!!! macam ni...

Pernah juga aku masuk pertandingan buat "kolam" ni masa sambutan Hari DEEPARAYA dulu. Tahun 2009 rasanya... Happening kot!

Biasanya, setiap kali Hari Deepavali mesti ada kartun pasal Ramayana dengan Sita Dewi. Dari situlah aku tau sikit-sikit pasal Deepavali ni. Aku ni kalau bab kena belajar memang jenuh nak mengingat tapi kalau kartun kat TV tu, sekali tayang pun boleh ingat sampai bila-bila. Dahsyat kan penangan kartun dalam hidup aku? Ishk. Tapi aku macam dah tak perasan pula kalau kartun macam tu ada main lagi ke tak kat TV. Kalau nak tahu lebih pasal Deepavali, sila tanya En. Google. Hehehe...

Dah lama rasanya tak dapat jemputan ke rumah terbuka kawan-kawan yang merayakan Deepavali. Sejak tinggal di kejiranan yang majoritinya Melayu dan kawan-kawan yang merayakan Deepavali pun dah ramai yang berhijrah. Teringat dulu sewaktu bersekolah rendah, aku ada jiran yang berbangsa India. Setiap kali Hari Deepavali mesti aku diajak ke rumahnya.



Maruku buatan ibunya memang terbaik. Mama pun belajar buat maruku dengan ibunya. Sejak dia dan keluarganya berpindah, kami sekeluarga tak lagi berhubung dengan mereka. Ishk, syahdu pula.

Cukuplah setakat ini. Kepada sesiapa yang menyambut dan merayakan Hari Deepavali, Selamat Hari Deepavali!!!



**Info dari Google...

Dan Kembali Menjadi Satu...

Hampir setahun aku lupa rasa
Cuba menjauh dan cuba menghindar
Hampir berjaya

Tapi kenapa malam ini aku seakan tertewas?
Kenapa malam ini aku seakan terjebak?

Mungkin kerana terlalu rindukan puisi dan lagu
Mungkin juga kerana jiwa ini tak dapat menahan rasa yang satu
Dan aku kembali menjadi yang dulu
Berteman hasil nukilan juga buku
Bersama irama merdu piano itu
Dan kami kembali menjadi satu...

Si Gila

Dia yang berjalan dan bermuka herot
Dia yang ketawa dan menangis pada satu masa
Dia yang hidup merempat dan comot
Tanpa soal kita gelar dia Si Gila

Berlari anak sambil ketawa
Bebas berkata apa saja
Tiba-tiba senyap berwajah duka
Kita gelar dia Si Gila

Pernah tak kita tanya
Terlintaskah di hati membuka bicara
Dengan sekadar melihat kita gelarnya Si Gila

Desakan hidup
Dosa kelmarin
Kekecewaan yang terlampau
Mungkin itu sebabnya

Menilai luaran tanpa pernah sedikitpun terdetik untuk bertanya
Memandang jijik dan mencemuh seolah makhluk paling hina
Hiduplah dia yang kita gelar Si Gila dengan apa adanya
Menerima umpatan berserta kejian ibarat melodi indah hari-harinya
Begitulah layaknya nasib Si Gila di mata semua

**sekadar menulis. isi yang celaru dan tak mudah difaham. maaf...

Sunday, October 9, 2011

9/10/11

Apa tu? Tarikh hari ni lah. 9 Oktober 2011 (09-10-11).Cantik kan tarikh hari ni? Tapi tak ada yang istimewa pun aku buat hari ni. Oh, mungkin ada yang baik berlaku hari ni. Mama dan ayah tak gaduh!!! Hehehe...

Cuaca hari pun baik sebenarnya. Dari pagi aku tak buka kipas atau pengahawa dingin tapi rasa nyaman betul duduk kat flat ni. Biasanya bukan main berpeluh lagi aku menahan panas. Bukan tak ada matahari.


Sinarannya pun terang dan garang. Sampai boleh nampak kilauan dari Baby (kereta mini kesayanganku) yang baru aku cuci semalam.

Err... ni nak bukan Baby aku. Cuma nak bagi idea kat kalian betapa kilatnya Baby aku (yang sebenarnya Baby jauh lagi kilat dari kereta ni. Nak nak pula tang lampu dia...)


Macam tak percaya. Dahsyat juga kemahiran cuci kereta aku ni walaupun dengan sabun yang tak berapa nak berbuih dan tanpa penyedut hampagas. Apa??? Tak percaya??? Boleh tanya Ayah aku... Maaflah, sejak hilang Satio merah, aku tak berapa rajin nak tangkap gambar. Makanya, tak gambar untuk tatapan kalian untuk kujadikan bukti betapa kilatnya Baby aku.

Sampai sini dulu. Lain kali aku update lagi, ya? Selamat beristirehat!!!

Tuesday, October 4, 2011

Zaman Muda Mudi

Menjengah ke blog para bloggers, aku dapat ilham. Ilham tentang kisah dulu... Bersedialah melayan kisah bosan aku... Hehehe...

Masa aku kecil dulu, aku bersekolah di banyak tempat. Sekejap di Lumut, Perak. Sekejap di Hulu Selangor. Akhirnya berjaya juga aku habiskan persekolahan di Kuala Lumpur.

Masa tinggal di Hulu Selangor bersama nenek, macam-macam perkara aku belajar. Orang kata kalau tinggal di kampung, semuanya terhad. Tidak dinafikan kebenarannya. Dah terbiasa tinggal di pekan, bila di kampung memang lain benar rasanya. Untuk orang yang macam aku ni (yang suka sangat buat kerja last minutes), memang haruslah bermasalah. Dah lewat malam baru nak buat kerja rumah yang cikgu bagi. Masa itulah tak ada gamlah, tak ada pensil warnalah. Bila dah malam, mana ada kedai yang buka? Mengada-ngada, kan? Bila dah serba kekurangan, maka terpaksalah aku menyambungkan sel-sel otak secara pantas (cari idea). Bila tak ada gam, aku cari tepung ubi/kanji untuk buat gam.


Pernah juga lenyek nasi panas untuk buat pelekat. Dah terdesak sangat masa tu. Kalau tak ada pensil warna, aku warnakan lukisan dengan pensil biasa. Bila cikgu tanya, aku cakaplah aku memang saja nak warnakan hitam lukisan tu. Ala-ala potret gitu. Bijak, kan? Ahahaha... Tapi tu zaman aku sekolah rendah. Sekarang, cuba beritahu apa yang tak ada di kampung? Macam-macam ada.

Dulu kalau nak buat kolaj, haruslah guna kertas yang warna-warni. Paling famous masa zaman aku sekolah dulu ialah kertas yang berwarna terang. Sebatu dah nampak warnanya. STRIKING!!!


Jujur aku cakap, aku bukan dari keluarga senang. Kalau nak minta duit dari ayah beli macam-macam, memang tak dapat la, John... Makanya, aku yang kreatif dan inovatif ni ambil kertas surat khabar lama yang berwarna untuk gantikan kertas warna meriah. Kadang-kadang tu rasa malu juga, tapi nak buat macam mana, dah memang tak ada duit. Kalau masa kelas Pendidikan Seni, akulah murid yang paling rajin tertinggal barang (alasan). Selalunya aku akan bawa pensil dan kertas lukisan saja. Sebab cikgu mesti suruh hantar minggu depannya. Oleh itu aku ada masa nak cari bahan yang diperlukan. Fuhhh!!!

Masa aku kecil dulu, aku suka sangat buat origami. Buat bintang-bintanglah, burunglah, kotaklah... Memandangkan budget ciput, aku potonglah apa-apa kertas yang memang tak pakai tapi belum layak dibuang ke tong sampah selain tong kitar semula. Minat punya pasal, sanggup tau!


Masa zaman belajar kat universiti lagi best. Nak berjimat punya pasal, aku catu makanan. Aku sanggup jalan kaki pergi kuliah dari kolej kediaman (yang tak berapa nak dekat jaraknya). Aku beli lauk makan tengah hari sekali pakej dengan makan malam. Macam mana tu? Ahah! Biasanya aku akan beli makanan tengah hari dalam kuantiti yang banyak. Biasanya nasi dan lauk. Mak Cik yang berniaga pandang aku semacam bila kira harga makanan sebab dia tengok badan aku yang slim ni tapau nasi macam nak makan doa orang. Padahal aku bungkus untuk malam sekali. Jimat masa. Bila nak makan tengah hari, aku akan asingkan untuk makan malam. Malam makan lauk sejuk? Silap tu. Malam tu aku hangatkan lauk pakai air panas. Tak dapatlah yang panas sangat. Suam-suam kuku. Jadilah dari sejuk. I'm a Survivor... Lalalalala~~~ (nyanyi)

Kalau nak bandingkan zaman aku dengan adik-adik yang lain, memang macam langit dengan bumi. Semua benda susah yang aku lalui, diorang tak rasa. Nak apa, semua dapat. Cemburu? Memang taklah sebab aku pernah susahlah aku jadi kreatif dan inovatif sampai sekarang. Untunglah...

Sekian sahaja cerita zaman muda mudi aku.

Oktober 2011


Yuhuuuuuuuuuuuuu!!! Ecewah... Assalamualaikum semua...

Rasa macam sekejap saja masa berlalu. Dah pun bulan Oktober. Sekilas memandang ke belakang, dah banyak yang aku tinggalkan. Kawan-kawan yang bergelak tawa, yang berkongsi duka... Seorang demi seorang meningggalkan aku. Walaupun begitu, syukurlah masih ada kawan-kawan yang sudi menemani hari-hari mendatang.

Eh, dah macam nak buat kisah sedih pula. Kembalikan mood!!! Heheh... Baru nak mulakan hari di bulan Oktober, mana boleh sedih-sedih.

Kisah aku untuk bulan Oktober...

Bermula dengan gaji yang masuk ngam-ngam 1hb. Diikuti pula dengan rakan sekerja yang merungut banyak kerja (macam aku tak banyak kerja) tapi aku memang tak tahu nak tolong dia macam mana. Hari ini, ayah pula perlu ke hospital untuk buat check-up. Hasil yang memang tak memuaskan hati bila aku diberitahu tiga saluran ke jantung ayah hampir sumbat sepenuhnya. Rasa nak marah pun ada. Mana taknya, bila di nasihat suruh jaga makan, langsung tak endah. Haih!!!

Cukup dengan kisah lepas yang tak menarik,biar aku kongsi plan mendatang (untuk bulan Oktober). Berkemungkinan besar aku akan ke Melaka esok untuk menghantar barang-barang adinda.


Mau cari Kampung Portugis. Terasa nak layan jus MANGGA yang superb.


Aku diajak teman-teman berhujung minggu di Teluk Intan. Dengarnya macam banyak sangat aktiviti yang dirancang kawan-kawan. Ada yang kata mahu ke Pangkor. Ada yjuga yang mahu ke Lumut. Indahnya pantai... Macam seronok pula bila difikirkan. Tak sabarnya nak pergi jauh dari kawasan Lembah Klang yang merunsingkan. Hmmm...

Selain itu aku perlu KERJA!!!

Bila agaknya aku boleh berehat tanpa perlu fikir pasal kerja? Ishk, bikin rosak mood aku bila terfikir pasal kerja. Sampai sini dulu lah.