About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, June 30, 2010

Gejolak di Hati (versi merapu)


Jauh di sudut hati aku percaya bahawa aku bukanlah seteruk seperti yang disangka. Aku masih lagi menjaga batas-batas pergaulan, masih lagi tahu menjaga nama baik keluarga dan yang paling utama, aku masih ingat Tuhan. Aku percaya setiap perkara yang berlaku adalah ketentuanNya, dan tiada sebab untuk aku meratap atas segala yang terjadi.

Aku sering diklasifikasikan sebagai seorang yang manja. Mungkin. Aku hanya aku. Tidak pernah terniat untuk mencari perhatian. Aku mungkin manja. Tapi hanya dengan insan tertentu. Tanyakan pada dunia siapa aku. Sudah pasti mereka menganggapku si Hati Batu. Untuk itu, mengapa harus ada yang cemburu? Aku hanya menjadi aku.

Aku mungkin wanita zaman moden. Yang hidup dalam dunia serba canggih di mana teknologi hanya di hujung jari. Berpeleseran di tengah malam di ibu kota sudah menjadi gaya hidup muda mudi kini tapi itu tentunya bukan aku. Aku percaya bahawa walaupun teknologi moden dibawa dari negara luar, namun budaya dan gaya hidup mereka tidak semestinya jadi ikutan. Bagiku, perubahan dan kemajuan bukanlah punca untuk kita menjadi bukan diri kita. Aku jijik dengan mereka yang begitu mengagungkan budaya asing. Hina sangatkah budaya sendiri??? Ya. Mungkin kerana aku telah sebatikan jiwa Melayu maka kerana itu mereka cemburu.

Pesanan datuk nenek memang selalu tersemat di minda. Kata mereka, biar apapun yang berlaku, asalkan kita berpijak di bumi yang nyata dan percaya segala yang kita lakukan adalah hanya yang terbaik untuk diri kita, pastinya kita tidak akan menyesal. Bagiku, percaya dengan Qada' dan Qadar Allah akan buat aku selalu tenang. Hati akan selalu tenang tatkala kita redha dengan segala yang berlaku kerana semua yang berlaku pastinya tersembunyi hikmah.

Tenanglah wahai hati. Aku tahu kau pasti mengerti. Kucuba usaha namun setiap kalipun aku mengundur diri. Aku terlalu risau dengan keadaanmu wahai hati. Kau terlalu lemah. Jiwaku pula terlalu halus untuk melindungimu. Sabarlah wahai hati. Aku pasti di suatu masa nanti pasti ada yang datang menemani. Pasti ada yang sanggup melindungi.

JB_Jun 2010

Damn!!! I’ve lost most of my personal belonging here in JB. Apalah malang nasib aku kat Jb nih. Mula-mula, hilang gelang tangan. EMAS tu!!!! Lepas tu, THUMBRIVE!!! Dah la dalam tu ade info pasal company, my research masa study dulu, personal picture... Malang sangat-sangat aku kat JB ni. Ya Allah... Ujian yang Kau bagi ni sangat-sangat buat aku rasa susah. If I pass this ujian, please give me the something good in return so that I don’t really feel the lost. Miserable you know!!!! It is like masa tiba-tiba berhenti, and I found myself lost in a middle of nowhere. I’ve tried to figure out what was happened but find no answer. Now, I am scared to death to think of what will happen next. God, I bet You know how I feel right now. All I ever wanted this time is going home. Right NOW!!!! Tolonglah permudahkan urusan aku di sini. Percepatkanlah masa supaya aku boleh cepat bersama keluarga. Ya Allah, tolonglah hambaMu yang tidak berdaya ini...

Ada satu lagi problem aku dapat kat JB. Aku syak, sorang daripada colleagues aku ada simpan perasaan dekat aku. Oh, Man!!!! Cemane nak buat nih!!! Kalau lepak ngan dia, memang dia payung la.. kira standard lelaki budiman. Yang drastiknye, He bought me shirt untuk pakai dengan dia. Hish.. and mende ni akan buat boss aku yang sangat joyah tu perasan there’s something between us. Hate this!!!! Aku paling tak suke ada scandal dengan officemate. SHIT!!!! As what my boss pernah cakap, pandai-pandailah bawa diri. If this thing really happen, and boss dapat tau, masak la aku... people may say that just ignore what others think if this will make you happy. But, this will really make me feel uncomfortable!!! He is such a nice guy but... not suit with me... Hey, I am not really choosey ok!!!! It is just because he is younger than me and NON MUSLIM. I don’t feel really comfortable to have a so-called special relationship dengan orang macam ni. Help me find ways to tell him by not telling him that I can only be his good friend rather than the special one... Tuhanku!!!!! Kenapa aku mesti kena lalu bende ni???? Ya right. i don’t really learn from the past and keep doing the same mistake. Terlalu layan orang dengan baik sampai orang salah faham. Hello???!!!! Kalau orang baik dengan kita, I don’t see anything wrong kita baik dengan orang... Karma. Buat baik dibalas baik. Calling for guys out there. Please...Please... Please... jangan perasan, k???? Alahai... apalah nak jadi dengan aku ni... selalu sangat buat orang misunderstood.