About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, February 13, 2010

Pic Project-MELAKA



haven't finish editing it..
took hours to edit 1 pic..
since aku x ckup equipment kt cni(at office), this is all what i can do.
only 2 pic in 2hrs!!!! Damn it!!!
da la x proper...
macam budak baru blaja gune paint...
well, at least aku cari masa gak nk release tension..
hehe.. (release tension mende..sindri tambah tension da nih..)
xpe2.. t, klu aku de time kat umah, aku edit bg lawa ek?
yang ni nk tunjuk BAHAWA AKU BOSAN KAT OFIS SORANG2!!!
ishk..mne nk dpt software yg ringan2 utk edit pic ni eh?
nk dload kt ofis..hmm...

-aku ingat smlm last post blog sbb nk cuti CNY.
-budget arini ala2 bz..sbb kne jaga ofis sorg2..
-skali mmg xde student pon yang aku nk handle.
-bengang..

Friday, February 12, 2010

Hari ini..

Hari ni aku kena pergi Pejabat kerajaan. Pasal apa??? Haruslah pasal pinjaman pelajaran pelajar... Hantar invoice. Selain tu hantar juga buah limau sempena CNY. Biasalah, "maintaining good relationship."

Tak sangka pula semuanya selesai dengan cepat. Ingatkan sampai petang. Apa lagi, aku dan abang driver pun buat pelan nk berjalan-jalan melihat alam. Tapi si budak tembam kat office pula mesej cakap bos masuk lambat sebab nak pergi dentist. Maksudnya dia nak suruh aku balik awal lah tu. Nak minta jaga office sebab dia nak keluar makan. Potong betul. Tak jadilah pelan mengular antara aku dengan abang driver. CIS!!!

Sampai saja office, aku tengok bos tengah best layan kertas yang bersepah atas meja(tengah buat kerja). Si tembam tu pula yang hilang entah ke mana. Sengal. Bukan nak bagitau aku bos tak jadi pergi dentist. Bukan senang nak dapat peluang mengular ni.

Agaknya Tuhan sayang aku lebih. Tak bagi buat kerja yang boleh mengurangkan keberkatan.Haha..

Sampai sini dulu buat kali ini..
Nak balik rumah ni.
Jumpa lagi lepas raya cina.
GONG XI FA CAI!!!

Friday, February 5, 2010

One of My Pic(taken during my visit to MELAKA)

Aku rasa...

Hari ni aku start keje cam biase. Dengan perasaan bercampur-campur, aku gagahkan kaki melangkah ke OFIS. Sampai je OFIS, aku tengok banyak pula notes. Tak lain tak bukan, dari bos. Heran betul, aku baru MC satu hari, ape pon tak boleh handle sendiri. Pagi-pagi dia masuk OFIS, dah buat muka tak siap. Dia ingat aku kesian sangat kat dia? Sakit aku ni tak baik lagi, dah tambah kerja macam-macam. Memang tak panjang umur aku kerja kat sini.

Di sebalik CHAOS yang dicetuskan bos aku, aku rase macam rindu kat seseorang. Rindu siapa? Aku pun tak pasti. Hairan,kan? Terlalu ramai yang aku sayang sampai tak boleh kenal pasti siapa yang aku rindu.Huuuuuu...

Wednesday, February 3, 2010

Demam... (balik dari MELAKA)

Hari ni hari ke-3 aku demam lepas balik dari Melaka. Tak larat sungguh. Kalau ikutkan hati, nak aje aku MC. Mengenangkan da janji dgn bos nak pegi dengar taklimat kt DAMANSARA HEIGHT, gagah jugak la aku bangun pagi2...

Pukul 7.30 pagi da keluar rumah. Hajat di hati nak balik awal, tapi bos tetibe je tambah keje.. Last2 kuar opis kul 5.30 petang.. Teman HANA gi beli barang kt Carrefour Subang jap, pastu terus shoot balik umah..

Letih...

Monday, February 1, 2010

Cuti-cuti kat MELAKA...

31 Januari...
Aku, Anis ngan Wadi lepak Melaka. Hilangkan stress yang maksima.
Gile best.. Tengah-tengah malam naik beca. Al-kisah, malam tu kami layan Jonker Walk. Ingatkan dorang tutup lambat macam Uptown/Downtown. Sekali belum midnite da tutup. Hampeh betul. Nak balik hotel, mata pula belum mengantuk. Lalu kami mengambil keputusan untuk terus berjalan. Tengah seronok berjalan, tiba-tiba teringat bekalan PAD da abes... Takut esok huru-hara, kami pon pergilah cari 7Eleven. Selain beli PAD, beli sekali late nite snack. Untuk ke 7Eleven, kitorang pon naiklah beca memandangkan kami masing-masing tak tahu mane letaknya 7Eleven tersebut. Itulah harga PAD termahal dalam hidup. Kerana PAD jugalah kami dapat naik beca lewat malam. Kira OK lah kan...

Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah bangun. Nak naik Menara Taming Sari punya pasal. Tapi yang tak seronoknya, sekejap sangat.7 minit je.

Hmm.. Setakat ni dululah. Lepas Anis bagi gambar-gambar yang kitorang ambil masa kat Melaka nanti, aku cerita lebih sikit pasal cuti kitorang... Memang best...