About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, January 25, 2010

TC-Pahang

Pengalaman sengal yang aku lalui bersama adinda2ku di Telok Chempedak(TC)...

Sabtu lepas (23 Jan '10) aku dan keluarga pergi melawat adik lelakiku yang belajar di Kolej Shahputra, Kuantan. Selesai daftar masuk hotel, ayah menyuruh aku membawa adik2 keluar makan. Kami mengambil keputusan untuk mengambil angin di TC sebelum makan. Puas berjalan menyusuri pantai, kami bertiga mengambil keputusan untuk makan di gerai berdekatan pantai. Pada mulanya, melihat pada keadaan kerusi meja yang seperti hendak patah aku ingin mencadangkan supaya kami makan di tempat lain. Melihatkan salah seorang adikku yang sudah kelaparan, kami duduk juga di situ.

Agak lama menunggu untuk membuat pesanan makanan, akhirnya datang seorang pelayan wanita yang agak muda usianya. Sambil mengambil pesanan, matanya melilau entah ke mana. Lama kami menunggu pesanan makanan, akhirnya kami didatangi wanita yang umurnya lebih kurang sebaya mama. SALAH PESANAN!!! Bila kami memberitahu pesanan itu salah, dia seolah-olah menyalahkan kami pula. Walhal orang yang mengambil pesanan yang salah tulis. Kalau ikutkan hati, ringan saja kaki kami bertiga hendak melangkah pergi. Tapi kami tidak mahu tunjuk sikap biadap. Kami tunggu sehingga mereka betulkan salah mereka. Malangnya ketika mereka datang untuk betulkan pesanan, sekali lagi kami ditegur dengan rasa tidak puas hati. Dalam hati ini Tuhan saja yang tahu. Kalau bukan kerana kami nak pertahan sikap orang terpelajar, dah lama kami buat kacau di situ. Setakat nak tutup business kecil macam tu, bukan susah sangat. Dengan harga makanan yang mahal dan rasa yang melampau tidak sedap, aku rasa seperti tidak berbaloi untuk ke situ. Menjadi satu peringatan buat aku dan adik2 untuk tidak akan pernah ke situ lagi di masa akan datang.

Bukan aku nak jatuhkan business orang sendiri. Tapi bagi aku, tidak beretika seseorang itu mengenakan harga sedemikian dengan memberikan perkhidmatan yang buruk. Kini, ramai yang tidak kisah berbelanja lebih untuk dapatkan khidmat yang memuaskan. Peniaga seperti ini sepatutnya sudah lama lupus kerana tidak mengikut perkembangan dengan mengenepikan taste & preference masa kini.

Aku rasa adalah baik jika kita sama-sama abaikan peniaga seperti ini. Jika ditegur, tak boleh terima. Abaikan mereka. Boikot mereka sehingga mereka sedar kekurangan dalam perkhidmatan yang disediakan. Biar mereka tahu. Kita sebagai pengguna perkhidmatan mereka, ada hak bersuara. Kita bayar mereka untuk perkhidmatan. Bukan PERCUMA.

Aku yang tak puas hati... Azza