About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, November 16, 2008

Pasal aku..

Rindunya nk menulis blog..
Nak kongsi cerita dengan semua...

Semalam aku keluar dengan seorang kawan yang aku kenal di internet..
Sudah lebih kurang hampir 4bln kami kenal. Masih baru..
Pertemuan pertama kt KLCC.
Masa tu aku nk pergi beli LCD menggantikan monitor komputerku yang dah uzur.
Pada mulanya, aku ajak2 ayam. Tak budget langsung yang dia nk ikut..
Akhirnya berjumpalah kami di KLCC.
Kami tidak keluar berdua tapi ditemani bodyguardku yang tough!!! My one and only beloved & protective lil' bro. Walaupun baru pertama kali berjumpa, aku sudahpun membuat macam2 kesimpulan tentang dirinya. Begitu juga adikku. Bermacam2 benda bermain di minda, hanya kerana dia suka menonton berita dan bersukan. Yang paling penting, bila dia kata, "kartun kan untuk budak2.." statement bosan... Pada ketika itu aku fikir orang sepertinya tidak mempunyai life yang menarik. Bagiku orang sepertinya tidak menikmati hidup sepenuhnya.. Agak berbeza dengan aku yang selalu nak mencari kelainan hidup. Mencuba pelbagai cara demi menjadikan hidup lebih bermakna sehinggakan gelaran "budak nakal" agak sinonim denganku. Aku dan dia memandang kehidupan dari sudut berbeza. Kesimpulan tentangnya di pertemuan pertama, He's totally different with me!!!!

Pertemuan kedua menyusul selepas pertemuan pertama. Diakui bahawa dia memang baik dan serius. Berkawan dengannya membantu aku mengetahui sedikit sebanyak tentang kehidupan mencabar selepas title sebagai pelajarku luput..(da abes study). Topik yang biasa kami bualkan biasanya hanyalah tentang kerja dan cara mengatasi stress bekerja. Aku akui dia seorang yang serius dalam kerja dan selalu positif. Pemikiran positifnya sedikit sebanyak mempengaruhiku. Ternyata tanggapan pertamaku silap tentangnya. Siapa sangka aku boleh berkawan dengan orang yang serius???? Macam susah nak percaya. Tapi yang lagi susah nak percaya, dia nak kawan dgn aku yang selalu tak serius??!!! (macam opposite attract)

Life ni memang unexpected.. Yang kita bayangkan tak selalu yang macam real. Jadi realistik tu lebih sesuai untuk aku yang selalu sgt fikir merapu. Hehehe..

Pertemuan demi pertemuan menyusul. Di setiap pertemuan itu, tak dapat aku rasai istimewanya. Sepi selalu menghias suasana. Hairan. Hati kecil selalu berbisik. Apa istimewanya aku di matanya andai setiap kali berjumpa, hanya aku yang membuka kata. Dia senyap. Sepi seribu bahasa. Aku seperti badut atau pelawak yang menceriakan hari bosannya. Tak kisahlah. Bukan aku rugi apa pun. Setakat keluar makan dengannya.

Semalam, pertemuan pertama selepas hampir dua bulan tidak berjumpa dan bertanya khabar.(kalau x silap lebih kurang tulah x dengar crita pasal dia.. dah miscounted..heheh..) Kami keluar menonton wayang.. (Movie Marathon..) Pada mulanya, aku fikir ianya seperti pertemuan bosan seperti sebelumnya. Memang tak dinafikan. Bosan.. Sepi selalu jadi background music untuk cerita kami. Tapi kali ni lain sikit. Layanan yang aku terima darinya bukan seperti seorang kawan seperti sebelumnya. Seakan lebih istimewa.Dia seperti berminat terhadapku. Dari lagak dan gayanya, dia seakan ingin menyampaikan "sesuatu". Tapi aku yang lurus bendul ni tak faham. Mungkin kerana aku tak pernah mengharapkan "sesuatu" darinya.

Semalam, dia menghantarku pulang. Sepanjang perjalanan mulut seperti terkunci. Lidah seakan kelu.. Terasa payah benar untuk berkata-kata. Mindaku bekerja keras memikirkan di sebalik tingkahnya yang lain dari biasa. Mungkinkah dia betul2 suka aku? Atau ku yang fikir jauh?

Jujurnya, aku seakan turut merasai "sesuatu".

Lupe nak share, semalam ajak dia tengok MADAGASCAR 2. Layan gak kartun.. Sengal.. Gelak sakan dia..

Hmm..
wuteva..